Alhamdulillah..
Allah telah kurniakan 2 cahaya mata yang soleh (inshallah) buat aku dan suami..
Anak yang 2nd ni baru nak masuk 3 bulan. Yg 1st pulak baru 2 tahun.. life sekarang ni macam kelam kabut. Aku masih belajar handle 2 si kecik. Memang penat dan stress!
Bila dah ada anak sendiri dan lalui kesukaran mendidik/mengurus anak, baru lah tahu macam mana yang ummi rasa dulu.. ummi lagi lah, anak 5 orang rapat2.. abah selalu fly. Semua hal kami dan hal rumah semua ummi yang buat. Macam mana ummi boleh jadi hebat camtu?
Bila dah rasa ada anak ni baru lah tahu betapa besarnya jasa ummi..
Otomatik air mata jatuh..
Banyak sangat buat salah dekat ummi..
Ummi..
Insan yang paling berjasa
Insan yang paling baik
Bersusah demi anak2 tanpa meminta balasan..
Ya allah kelak tempatkan ummi di syurga, jauhkan ummi dari api neraka.. ya allah ampunkan semua dosa2 ummi, kasihanilah ummi sebagaimana ummi kasihi kami sewaktu kecil..
Hari ini jasad2 mangsa korban mh17 telah diarak kembali ke pangkuan keluarga.. suasana hari ini suram dan newsfeed FB dibanjiri post kepiluan dan doa buat arwah disana..
Cerita yang paling membuat aku terkesan adalah cerita kimi dan asmaa. Kimi adalah salah sorang pilot mh17 dan asmaa adalah isterinya yg kini jadi balu.. mereka punya seorang anak berumur 9 bulan.. aku baca kisah asmaa apabila menerima berita kecelakaan yang menimpa suaminya dari blog bff asmaa.. menangis..
Menurut bff asmaa, hari pertama selepas crash tersebut asmaa kelihatan seolah-olah tak bernyawa.. tiada bunyi tangisan dan sendu tetapi air mata mengalir tidak berhenti sambil berbaring disebelah anak kecilnya yang tidur.. Allahu akbar. Jelas terlihat betapa beratnya dugaan menerima takdir ilahi..
Allahu akbar... daripada cerita bff asmaa, jelas terlihat kekuatan dan ketabahan asmaa.. andai aku diuji begitu, aku rasa macam tak mampu nak laluinya..
Disaat ini aku terasa amat bersyukur kerana masih punya suami disisi.. bersyukur allah masih mengizinkan untuk aku bersama suamiku.. alhamdulillah allah masih pinjamkan fadhil bin ismail kepadaku.. hidupku kini lengkap dengan kehadiran fadhil disisi.. tak dapat aku bayangkan jika allah mengambilnya dariku..
nangis....
Ya allah.. sesungguhnya engkau tak akan menguji seorang hamba diluar batas mampunya.. disaat ini aku masih merasakan diriku tidak mampu nk melalui ujian sehebat itu..maka janganlah uji aku sebegitu...
Sesungguhnya aku amat takut untuk menghadapi ujian seperti itu..
Doaku semoga allah letakkan ketabahan dan kekuatan dalam diri asmaa dan ahli keluarga mangsa yg lain.. semoga allah mudahkan mereka lalui saat yang sukar ini... ameen
In the name of Allah the most Gracious
tengok tarikh last update blog -december 2012.
dah setahun rupenya tak update blog!
well a lot happened during this 1 year of 'silence'. i was busy with life, and i still am. getting busier by day as my little Usamah is venturing into 'toddlers era'! still, i have to admit that i Am lazy to update the blog. -sigh~
Usamah is now 1 year old (13months to be exact). he is a healthy boy who loves to make her ummi run after him, and call for him from afar with a not-so-thunderous voice,
usamah..usamah..usamah.. oh ummi loves you lah!
hehe.
dulu-dulu usamah sukaaaa sangat porridge yang ummi buat untuk dia. bila dah start makan nasik yang bukan bubur pun, usamah suka makan! dia makan banyak! tapi sekarang dah tak macam tu. dia taknak nasik. lauk pun tak berapa nak. bila suap, dia buang balik. nak tau apa yang dia nak? aha roti, chocolate dan pisang dia memang nak. hmm..usamah, itu gaya hidup yang tak sihat..ummi is worried... but what to-do. they say, 'like father like son'. yes, serupa macam ayah dia!
so solutionnya, ummi bagi usamah makan roti sebagai ganti nasik. tapi sebelum bagi roti, suap sikit lauk. sesuap dua pun jadi lah..asalkan makan sikit.. lepas makan roti sekeping, bagi banana pulak.. i am thinking of giving him vitamins so that cukup nutrient dalam badan.. hmm shud i?
In the name of Allah the most gracious ALHAMDULILLAH..
i have safely gave birth to a handsome sepet-eyes boy on November 20, 2012 at 03:17 am. Berat 3.3kg. Lahir normal dengan penuh kepayahan dan tenaga. Giving birth-is indeed a great experience despite all the contracions and pains. Alhamdulillah :)
And so with Hopes and Du'aa, we named him USAMAH :)
[who is usamah? READ HERE]
cuba dengar ini juga :)
Cerita sikit tentang pengalaman bersalin..
i gave birth at 38weeks pregnancy. sebenarnya belum 'time' nak branak pun lagi. belum rasa nak beranak. tapi on that fine morning of 19th nov pergi serah diri di hospital SALAM-untuk di-induce.
Reason paksa beranak, sebab di advice oleh doctor memandangkan baby dah besar dan pertambahan berat baby mingguan banyak (500gm lebih kurang), jadi takut2 by the time due date tu baby dah 4kg/> dan terpaksa di bedah pulak. so untuk mengelakkan risiko kene czer, paksa lah branak dulu.
19/11/2012 07:15
arrived at SALAM hosp Shah Alam
09:30
Masuk ubat (induce). Tak lama lepas tu terus rase regular contraction every few minutes. mula-mula selang 5mins. pastu lepas 2jam camtu selang 2mins. tapi contraction mild, so boleh tahan dan beraksi seperti biase.hehe. jalan baru bukak 1cm
camne sakit contraction mase tu? rase macam tegang2 di perut waktu period atau senggugut yg sikit2 dan boleh tahan.
12:00
Jalan masih lagi 1cm walaupun contraction semakin sakit dan kuat. Then Dr tolong bukakkan sikit jalan jadi 2cm. sakitttt! nangiss :'(
15:30
jalan masih 2 cm. contraction semakin kuat. kadang2 duduk dan goyang-goyangkan badan kedepan n kebelakang nak tahan sakit..
18:30
Jalan dah bukak 3cm. Ready nak masuk labour room lepas solat maghrib.
20:00
contraction sakit sangat. Nurse tanye nak ubat tahan sakit tak. reply ckp 'taknak'. kononnye kuat dan nak cuba tahan semampu yg boleh. sampai pukul 20:30 dah tak tahannn. mintak jgk ubat tahan sakit. kene cocok kat bontot. rase lega lepas tu dan tertidur (ubat buat ngantuk).. jalan dah bukak 4cm.
22:00
jalan masih 4 cm. contraction semakin menggila. sakit amat. dan sakit semakin kerap. mata tutup je. setiap kali sakit genggam tangan fadhil kuat2 sampai sakit reda.. tak nangis masa tu.. endure je sakit tu.. rasa kecewa sebab setiap kali nurse dtg cek, jalan masih 4cm..macam takde progress.. rase down..
20/11/2012
00:00
Sakit yang terlampau!! teramat sakit sampai macam dah separa sedar, yang tahu rasa sakit je. nak pengsan kot? sakit contraction takde rehat, macam setiap saat sakit. baru reda sakit, dah sakit balik. tangan fadhil yang digenggam setiap kali sakit tu dah xde rehat, agaknye darah pun tak jalan dah. sampai satu tahap dah terlalu, terlampau lampau sakit, takleh tahan dah, nangis2.. nurse cakap "contraction kuat dah tapi jalan baru bukak 5cm". nurse macam risau tgk kesakitan aku. setiap kali sakit sedut sedut gas huhu.. then bila nurse tgk teruk sgt sakit, inject lagi ubat tahan sakit dan tertidur lg sekali. tapi terjaga-terjaga jugak.
03:17
tak sure exactly pukul berapa start teran nak beranak. tapi lama jugak teran. susah sangat nak keluar. rasa hampir2 nak putus asa. Alhamdulillah Allah izinkan untuk keluar jugak akhirnya.
lepas branak tu, berlaku pendarahan byk n tak berenti.. rupa2 nya pangkal rahim koyak.. dr cuba jahit tapi kalau tak berenti jugak kena masuk ot, bedah. Alhamdulillah berenti jugak lepas jahit pangkal rahim tu.
lepas beranak memang seriously tak larat. tenaga dah abes..tambah lagi dengan kesat ubt tahan sakit yg masih berbaki.oleh kerana tak larat nk bergerak balik ke bilik, aku tito je kt katil labour room tu.
In the name of Allah the almighty
Jam menunjukkan pukul 21:10 malam.. kekasih hati masih belum pulang.. hati menjadi gusar.. menunggu ketibaan suami tercinta..
seringkali..bilamana kekasih hati lewat pulang, hati diserang kerisauan..menjadi gundah gulana.. justeru hati berdoa
"Ya Allah peliharalah suamiku dimana saja dia berada..ya Allah aku meletakkan suamiku dibawah jagaanmu, aku tawakkal padaMU.."
semakin dia lewat pulang, semakin liar idea-idea negatif merasuk fikiran..ahh jauh..jauh kamu semua.. Aku hanya menaruh harapan pada Allah..
Normalkah perasaan ini bagi semua isteri-isteri di luar sana? normalkah aku berperasaan begitu? Atau terlebih risaukah aku?
seringkali kita diperingatkan..
'jangan terlalu sayang sangat kat seseorang..' 'jangan letakkan 100% sayang dan percaya pada orang..' 'jangan biarkan cinta pada pasangan melebihi cinta pada Allah s.w.t..'
seringkali juga aku memperingatkan diri bahawa segalanya milik Allah, baik dirinya mahupun diriku.. namun aku tidak pasti..apakah aku mampu untuk menghadapi dugaan yang maha hebat dari Allah yg esa, jika Allah mengambilnya dariku? Ya Allah..sungguh...aku merasa amat lemah dengan hanya 'berfikir' bahawa engkau akan mengambilnya dariku...
Ya Allah...jauhkan segala malapetaka dari menimpa suamiku dan keluargaku.. aku bermohon...
Alhamdulillah i'm two months pregnant. to be exact, almost 9 weeks pregnant. This morning i went to Dr. Fatima Najla-my specialist for appointment-checkup etc (it turns out to be my last appointment with her since everything is goin well and fine).. Alhamdulillah baby is growing well in my womb, the length is 2cm+, the heart is beating normally, and paling best dah mula gerak-gerak! My husband was smiling widely seeing this sampai nampak gigi tersengih haha! yes we are excited first-time-parents!
Subhanallah i can't believe im carrying a baby inside my womb. subhanallah.. it feels like a moment ago i was running and jumping and laughing hysterically with friends, living everyday carefree-ly with university friends-all single :D. It feels like a moment ago i was a girl with no responsibilities, no commitment towards others (spouse, bf, etc..). But today.. I'm married to a loving husband and I'm going to have my own children! I'm going to have my own family! haha... time sure fies fast.. Alhamdulillah, thank Allah for all his rahmah :)
i'm really glad that i'm already 2months pregnant. Because i have only half way to go to endure all these gastric and morning sickness (it's actually all-day-long sickness -__-' zzzzz...) nowadays my condition is getting worse i think. because i threw up (buwekk) more frequent. Doc also said that morning sickness is worst during 8-10 weeks pregnant. I pray to Allah to grant me a great patience to undergo such uneasy stage.. Alhamdulillah ada seorang kawan punya kata2 dan reminder telah menabahkan aku:
"When having bad day (morning sickness etc)remember, any pain expiates our sin..well try anyway"