Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Tragedi mh17

In the name of Allah the most merciful

Hari ini jasad2 mangsa korban mh17 telah diarak kembali ke pangkuan keluarga.. suasana hari ini suram dan newsfeed FB dibanjiri post kepiluan dan doa buat arwah disana..

Cerita yang paling membuat aku terkesan adalah cerita kimi dan asmaa. Kimi adalah salah sorang pilot mh17 dan asmaa adalah isterinya yg kini jadi balu.. mereka punya seorang anak berumur 9 bulan.. aku baca kisah asmaa apabila menerima berita kecelakaan yang menimpa suaminya dari blog bff asmaa.. menangis..

Menurut bff asmaa, hari pertama selepas crash tersebut asmaa kelihatan seolah-olah tak bernyawa.. tiada bunyi tangisan dan sendu tetapi air mata mengalir tidak berhenti sambil berbaring disebelah anak kecilnya yang tidur.. Allahu akbar. Jelas terlihat betapa beratnya dugaan menerima takdir ilahi..

Allahu akbar... daripada cerita bff asmaa, jelas terlihat kekuatan dan ketabahan asmaa.. andai aku diuji begitu, aku rasa macam tak mampu nak laluinya..
Disaat ini aku terasa amat bersyukur kerana masih punya suami disisi.. bersyukur allah masih mengizinkan untuk aku bersama suamiku.. alhamdulillah allah masih pinjamkan fadhil bin ismail kepadaku.. hidupku kini lengkap dengan kehadiran fadhil disisi.. tak dapat aku bayangkan jika allah mengambilnya dariku..

nangis....

Ya allah.. sesungguhnya engkau tak akan menguji seorang hamba diluar batas mampunya.. disaat ini aku masih merasakan diriku tidak mampu nk melalui ujian sehebat itu..maka janganlah uji aku sebegitu...
Sesungguhnya aku amat takut untuk menghadapi ujian seperti itu..

Doaku semoga allah letakkan ketabahan dan kekuatan dalam diri asmaa dan ahli keluarga mangsa yg lain.. semoga allah mudahkan mereka lalui saat yang sukar ini... ameen

Tuesday, December 18, 2012

beranak!

In the name of Allah the most gracious

ALHAMDULILLAH..
i have safely gave birth to a handsome sepet-eyes boy on November 20, 2012 at 03:17 am. Berat 3.3kg. Lahir normal dengan penuh kepayahan dan tenaga. Giving birth-is indeed a great experience despite all the contracions and pains. Alhamdulillah :)

And so with Hopes and Du'aa, we named him USAMAH :)
[who is usamah? READ HERE]

cuba dengar ini juga :)



Cerita sikit tentang pengalaman bersalin..

i gave birth at 38weeks pregnancy. sebenarnya belum 'time' nak branak pun lagi. belum rasa nak beranak. tapi on that fine morning of 19th nov pergi serah diri di hospital SALAM-untuk di-induce.
Reason paksa beranak, sebab di advice oleh doctor memandangkan baby dah besar dan pertambahan berat baby mingguan banyak (500gm lebih kurang), jadi takut2 by the time due date tu baby dah 4kg/> dan terpaksa di bedah pulak. so untuk mengelakkan risiko kene czer, paksa lah branak dulu.

19/11/2012 

07:15
arrived at SALAM hosp Shah Alam

09:30
Masuk ubat (induce). Tak lama lepas tu terus rase regular contraction every few minutes. mula-mula selang 5mins. pastu lepas 2jam camtu selang 2mins. tapi contraction mild, so boleh tahan dan beraksi seperti biase.hehe. jalan baru bukak 1cm
camne sakit contraction mase tu? rase macam tegang2 di perut waktu period atau senggugut yg sikit2 dan boleh tahan.

12:00
Jalan masih lagi 1cm walaupun contraction semakin sakit dan kuat. Then Dr tolong bukakkan sikit jalan jadi 2cm. sakitttt! nangiss :'(

15:30
jalan masih 2 cm. contraction semakin kuat. kadang2 duduk dan goyang-goyangkan badan kedepan n kebelakang nak tahan sakit..

18:30
Jalan dah bukak 3cm. Ready nak masuk labour room lepas solat maghrib.

20:00
contraction sakit sangat. Nurse tanye nak ubat tahan sakit tak. reply ckp 'taknak'. kononnye kuat dan nak cuba tahan semampu yg boleh. sampai pukul 20:30 dah tak tahannn. mintak jgk ubat tahan sakit. kene cocok kat bontot. rase lega lepas tu dan tertidur (ubat buat ngantuk).. jalan dah bukak 4cm.

22:00
jalan masih 4 cm. contraction semakin menggila. sakit amat. dan sakit semakin kerap. mata tutup je. setiap kali sakit genggam tangan fadhil kuat2 sampai sakit reda.. tak nangis masa tu.. endure je sakit tu.. rasa kecewa sebab setiap kali nurse dtg cek, jalan masih 4cm..macam takde progress.. rase down..

20/11/2012

00:00
Sakit yang terlampau!! teramat sakit sampai macam dah separa sedar, yang tahu rasa sakit je. nak pengsan kot? sakit contraction takde rehat, macam setiap saat sakit. baru reda sakit, dah sakit balik. tangan fadhil yang digenggam setiap kali sakit tu dah xde rehat, agaknye darah pun tak jalan dah. sampai satu tahap dah terlalu, terlampau lampau sakit, takleh tahan dah, nangis2.. nurse cakap "contraction kuat dah tapi jalan baru bukak 5cm". nurse macam risau tgk kesakitan aku. setiap kali sakit sedut sedut gas huhu.. then bila nurse tgk teruk sgt sakit, inject lagi ubat tahan sakit dan tertidur lg sekali. tapi terjaga-terjaga jugak.

03:17
tak sure exactly pukul berapa start teran nak beranak. tapi lama jugak teran. susah sangat nak keluar. rasa hampir2 nak putus asa. Alhamdulillah Allah izinkan untuk keluar jugak akhirnya.
lepas branak tu, berlaku pendarahan byk n tak berenti.. rupa2 nya pangkal rahim koyak.. dr cuba jahit tapi kalau tak berenti jugak kena masuk ot, bedah. Alhamdulillah berenti jugak lepas jahit pangkal rahim tu.

lepas beranak memang seriously tak larat. tenaga dah abes..tambah lagi dengan kesat ubt tahan sakit yg masih berbaki.oleh kerana tak larat nk bergerak balik ke bilik, aku tito je kt katil labour room tu.

ok tamat kisah bersalin..
stop stakat ni..bai




May Allah bless you! 

 Love,

Friday, September 21, 2012

menanti kepulanganmu


In the name of Allah the almighty

Jam menunjukkan pukul 21:10 malam.. kekasih hati masih belum pulang.. hati menjadi gusar.. menunggu ketibaan suami tercinta..
seringkali..bilamana kekasih hati lewat pulang, hati diserang kerisauan..menjadi gundah gulana.. justeru hati berdoa

"Ya Allah peliharalah suamiku dimana saja dia berada..ya Allah aku meletakkan suamiku dibawah jagaanmu, aku tawakkal padaMU.."

semakin dia lewat pulang, semakin liar idea-idea negatif merasuk fikiran..ahh jauh..jauh kamu semua.. Aku hanya menaruh harapan pada Allah..

Normalkah perasaan ini bagi semua isteri-isteri di luar sana? normalkah aku berperasaan begitu? Atau terlebih risaukah aku?

seringkali kita diperingatkan..

'jangan terlalu sayang sangat kat seseorang..'
'jangan letakkan 100% sayang dan percaya pada orang..'
'jangan biarkan cinta pada pasangan melebihi cinta pada Allah s.w.t..'

seringkali juga aku memperingatkan diri bahawa segalanya milik Allah, baik dirinya mahupun diriku.. namun aku tidak pasti..apakah aku mampu untuk menghadapi dugaan yang maha hebat dari Allah yg esa, jika Allah mengambilnya dariku? Ya Allah..sungguh...aku merasa amat lemah dengan hanya 'berfikir' bahawa engkau akan mengambilnya dariku...

Ya Allah...jauhkan segala malapetaka dari menimpa suamiku dan keluargaku.. aku bermohon...



May Allah bless you! 

 Love,

Thursday, April 26, 2012

Two months

In the name of Allah the most compassionate


Alhamdulillah i'm two months pregnant. to be exact, almost 9 weeks pregnant. This morning i went to Dr. Fatima Najla-my specialist for appointment-checkup etc (it turns out to be my last appointment with her since everything is goin well and fine).. Alhamdulillah baby is growing well in my womb, the length is 2cm+, the heart is beating normally, and paling best dah mula gerak-gerak! My husband was smiling widely seeing this sampai nampak gigi tersengih haha! yes we are excited first-time-parents!

Subhanallah i can't believe im carrying a baby inside my womb. subhanallah.. it feels like a moment ago i was running and jumping and laughing hysterically with friends, living everyday carefree-ly with university friends-all single :D. It feels like a moment ago i was a girl with no responsibilities, no commitment towards others (spouse, bf, etc..). But today.. I'm married to a loving husband and I'm going to have my own children! I'm going to have my own family! haha... time sure fies fast.. Alhamdulillah, thank Allah for all his rahmah :)


i'm really glad that i'm already 2months pregnant. Because i have only half way to go to endure all these gastric and morning sickness (it's actually all-day-long sickness -__-' zzzzz...) nowadays my condition is getting worse i think. because i threw up (buwekk) more frequent. Doc also said that morning sickness is worst during 8-10 weeks pregnant. I pray to Allah to grant me a great patience to undergo such uneasy stage.. Alhamdulillah ada seorang kawan punya kata2 dan reminder telah menabahkan aku:

"When having bad day (morning sickness etc)remember, any pain expiates our sin..well try anyway"


May Allah bless you!

 Love,


Friday, April 6, 2012

Gastric atau morning sickness?

In The name of Allah the almighty


Nowadays ( a week past) im having a hard time. Tapi ku gagahkan diri untuk menaip di blog kerana terasa ingin berkongsi dan meluahkan.

Sejak minggu lepas, perut sangat sakit dan pedih..so pegi jumpa doctor and doctor kata normal untuk pregnant women kena gastric. tambahan pulak sebelum pregnant memang dah gastric. Doctor tu bagi ubat gastric 'Gaviscon'. since then everyday makan ubat. Tapi masih tak elok2. It makes me wonder. am i actually having a morning sickness? or just gastric?

my symptoms are:


  • Pedih perut, pedih tekak, pedih ulu hati
  • muntah acid
  • perut dan badan berangin
  • Tak lalu makan
  • bau certain2 benda atau makanan buat rasa nak muntah (bila terbayang pun rase loya je)
  • time teruk around maghrib sampai pagi esok (perut rase pedih,sebu, mual, rase mcm nak demam, nak makan tapi x lalu). Kalau siang tu adelah loya sikit2 tapi tak teruk, perasaan loya yang mampu diabaikan dan boleh nak makan lagi.hehe.


Kawan-kawan cakap tu mabuk mengandung. Tapi selalu taknak mengaku sebab kalau boleh memang taknaklah mabuk2 ni. kalau mengaku kang makin teruk pulak sebab psychology.
but now i have to admit that Im having Morning Sickness.PLUS gastric.grrrr.

Allahu ahad.. Tabahkan aku, sabarkan aku..

Bila tengah rasa tak best, loya2 teruk bagai, i said this to my husband:

"Allah bagi ujian teruk ni sebab nak bagi anak soleh ni. Bukan senang nak dapat anak soleh, kena dapat ujian berat dulu" :)

hehe. terubat sikit kesengsaraan bila fikir macam tu. InshaAllah..Allah memang nak bagi anak yang soleh pada ummi :)





May Allah bless you! 


 Love,

Wednesday, March 28, 2012

Pregnant?

In the name of Allah the most gracious


I have been married to a great man for 5months+. And a lot of people hav been asking
"dah ade isi?"
"dah pregnant?"
"bile mau mengandung?"
....
and the kind of answer i always gave was
"belum lagi hee. Inshallah Allah bagi bile masa dah tiba, bile saya dah bersedia untuk jadi ummi."

Ya.. anak itu rezeki..dan rezeki itu hak Allah untuk beri pada siapa dan bila. Masa mula2 kawen dulu mmg xmo anak dulu. nak enjoy.hee. moreover bila tengok my sisters jaga anak diorang yang masih kecik, rasa malas pulak nak hadapi dan galas tanggungjawab itu.hihi :D.

Tapi sekarang rasa dah nak pulak anak . nak didik anak :)

Alhamdulillah. Allah beri :))

Weekend lepas, after digesa oleh kakak dan kawan untuk buat UPT (sebab dah lewat period hampir 3 minggu), saya pun buatlah....... jeng...jeng...jeng.... POSITIF! 2kali buat dan resultnya positif. mula-mula guna UPT kit yg nama ape ntah.murah punye.. 2nd line tu appear tp fade sikit.. then beli test kit yg mahal jenama ClearBlue. fuuh memang clear 2 line.

so next step..pegi check kat clinic.. tapi bile scan xnampak ape pun. pegi lagi satu clinic punnnn tak nampak! risau. kalo ikut kiraan normal period dah nak masuk 7weeks. so supposed nampaklah. Tp period sy mmg xpnah tetap. jadi usia kandungan menjadi tanda tanya. bila scan, yang nampak hanyalah cyst! dah risau lagi. Kemungkinan2 yang ada yang merisaukan saya waktu tu ialah:

1) Ectopic pregnancy (kandungan luar rahim yang boleh membawa maut dan boleh merosakkan fallopian tube-so susah nak ngandung lagi)

2) malignent cyst-cancer. if ade cyst yg type ni, ade kemungkinan x pregnant tapi bile buat UPT dpt result POSITIVE. because this kind of cyst may produce HCG hormone macam org pregnant.

lepas jumpa 2nd doctor tu, dia bagi surat untuk refer ke gynaecologist.

Pada hari Isnin (26/02/12) i went to Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) with a troubled heart.. I made an appointment with Dr. Fatima Najla. Mula-mula Dr fatima buat scan dekat perut tapi tak nampak..tapi dia kata macam nampak cuma tak berapa jelas, tak berapa pasti lah. so next buat scan ikut vagina. method ni lebih mudah untuk nampak. Alhamdulillah nampak ada karung baby! kecik je. bulat. dan jugak bila dia tengok dekat cyst tu dia kata, mungkin bukan malignant. Tapi Endometriosis. Alhamdulillah tak besar sangat sampai perlu buat operate.. Doc said that Endometriosis tu akan semakin mengecil bila baby semakin membesar dalam womb and bila deliver baby nanti endometriosis akan turut keluar sama. Alhamdulillah.

Lega bila ada baby dalam uterus, bukan ectopic pregnancy.alhamdulilah. Tapi.. ada lagi satu perkara yang merisaukan..

Dr Fatima asked me to come back in 2 weeks time. sebab nak check sama ada baby hidup dan membesar atau tidak. Sebab kalau ikut kiraan normal kan umur baby sepatutnya 7weeks. tapi baby sy terlalu kecik macam 4/5 weeks je. Tapi mungkin jugak baby saya baru 4/5 weeks sebab period saya kan x normal jadi tak boleh ikut kiraan normal. So doc nak pastikan yang memang kandungan tu kecil lagi.. Doc also told me to immediately consult doc if ada bleeding. bleeding tu maknanya nak miscarriage lah. Alhamdulillah setakat ni xde bleeding.. Ya Allah risaunya kalau baby tu x hidup... Hopefully dapat result yang baik 2 minggu akan datang.. doakan saya!


May Allah bless you! 

 Love,

Sunday, May 29, 2011

teguhkan aku tuhan

Aku tidak seteguh mana…
Aku bukan malaikat
yang tidak dikurnia perasaan..
Aku bukan nabi
Yang punya keimanan dan ketaqwaan yang amat tinggi..
Aku hanya manusia biasa..
Imanku mungkin hanya senipis kulit bawang..
Taqwaku mungkin hanya ibarat percikan renyai hujan
Yang tidak mampu memadamkan api yang marak.
Ah
Aku ini hanya manusia lemah..
Hanya bergantung dan menagih kekuatan dariNYA..
Allah…
Tolong teguhkan aku..
Kurniakan aku keimanan dan ketaqwaan yang tinggi
Yang mampu menghapuskan segala kebathilan.
Harapan setinggi gunung ini ku taburkan
Hanya padaMU..
Izinkan aku untuk menjadi hambamu yang bertaqwa..
Sesungguhnya..
Aku lemah tanpa MU..


May Allah bless you!

love,
The princess

Wednesday, March 16, 2011

err.. ENGAGED??

In the name of Allah the most merciful

After the families meeting, I asked fadhil about her mother’s , father’s and sister’s opinion on me and my family. His father’s and sister’s responds were positive. But for the mother, she still didn’t give the answer. Fadhil said, she just smiled.

The next day fadhil told me that her mother got good impressions on me. Alhamdulillah. But still not very sure whether she give the green light or not. I asked fadhil what were her mother’s expectations before meeting me. He said, her mother said:

“nak tengoklah ana ni pakai tudung ke tak, solat ke tak, baik budi pekerti ke tak…”

Expectations mak mertua selalunya ni je ek? Kalau ni je kan bagus.. senang sikit hehe. Actually im afraid if one day when im married, I cant get along well with my in-law. Ramai org yg hubungan dengan mak mertua tak berape baik…takut jugak nak berhadapan dengan situasi macam tu..
Huhu… May Allah make everything easy for me…

Kesimpulannye after the meeting of both families, me and fadhil concluded that both families had agreed to let us get married. For now Me and fadhil also agreed to take our relationship as ‘ENGAGED’, so that if anyone approach me or him, we can just tell them that we’re engaged. Its easier to turn down people’s proposal this way, because you have the strong reason to turn it down-which is engaged. Sebelum ni aku agak susah nak say NO bile org approach. Sebabnye rase tak sampai hati. Tapi sekarang dah rase senang hati nak say NO ^_^

ENGAGED-is not a special period. Selagi tak nikah, sama je. Kene jage hubungan antara lelaki dan perempuan.. engaged-tak membolehkan kite untuk g dating pun.. atau bergayut setiap malam, atau ber-sayang-sayangan atau bersentuh-sentuhan atau ber-smoochies smoochies. jadi, soalan cepumas.. nape ramai org suke wat majlis bertunang yang meriah2? Kadang2 nampak da macam majlis org kawen. Wow. Maybe they have their own reasons or gaya berfikir yang berbeza.. Hmm mungkin juge majlis tu mcm untuk meraikan hari yang menggembirakan dan lebih kurang mcm kesyukuran? (kena buat soal selidik untuk tahu). As for me, I think its better not to waste so much money into that, and instead save it for your BIG DAY-hari kawen. If your money is melimpah ruah pun kan, its better to save it for ur future big-family-to-be.

Actually I told fadhil that I taknak bertunang. But if family dy insist, then I will follow their wish. Many people might ask me, WHY TAKNAK TUNANG?? Even my besties pun kata bertunang jelah~
Bertunang tak salah disisi Islam. Tak salah langsung. The reason is just ME. I think it’s too TROUBLESOME nak buat majlis bertunang. Nak ada sarung2 cincin, pakai baju cantik2, etc… I don’t see any need to do that. I really don’t like to tire myself out for such buang-mase-things. Moreover, tak suke pakai cincin. Nanti nak amik wudhu’, nak basuh pinggan ape sumer tu kene bukak cincin. Then bile da siap, terlupe la pulak nak pakai balik. Pastu cincin pun ilang…~

So last2 both of us decided camni. If fadhil’s family insist nak bertunang, ok boleh bertunang.. tapi tak ikut adat org melayu bertunang. Maksudnye takyah wat majlis2. Just between family, takde baju2 cantik atau pelamin what-so-ever, err cincin tu pn kalo dpt tak pakai kot-so beli cincin murah je.  Pastu takde hantaran2 langsung. Kire dtg bwk cincin je. Simple rite? Yeah I loike! Hehe.

Daaa. Enuff for now. Wassalam!



May Allah bless you! 


 love, 
The princess

Meeting of the TWO families

In the name of Allah the Almighty

March 12, 2011 (Saturday nite)

Fadhil and his parents came to my house. My dad also invited our relatives over for dinner and he told them that …

“keluarga fadhil nak datang MERISIK ana”

“Merisik? Oh baru tahu ni namenye merisik eh?” I asked makngah.

Haha. Truly, taktau ni namenye merisik. I just tahu yang parents fadhil nak datang umah kenal2 dengan me and my family. That’s all.

They (fadhil n parents+sister) arrived at our house quite late. At about 21:15 because they had their dinner first before came to our house. Sigh~ they forgot that abah has invited them over for dinner. Fadhil was the only one who hadn’t had his dinner ahead.

Nervous? Nope. Tak rase nervous pun.
Mase mule2 dorg sampai, I x sambut pun dorg kat pintu.. mom and dad yang sambut. Then after a while, I showed up. Jeng jeng jeng ketibaan bakal menantu yang ayu lagi sopan!! Haha. I was wearing a white purple baju kurung. And so, heading towards the battle field (lounge where all of them seated together).

First skali Nampak fadhil. I looked at him (he was also looking at me) and I bowed my head a bit while smiling. Dup..dap..dup..dap… what the heck. My heart was beating so fast. That was the first time I felt something special towards fadhil. Pelik. Kenape tetibe rase sesuatu dekat dy? Padahal sebelum ni memang xde rase pape langsung. Rase perasaan kpd seorang kawan pn tade. Mase fadhil 1st time datang umah jumpe ummi abah, I greeted him kat pintu pagar (that was the first time he came over to our house. Dy pn tak sure umah ktorg yg mane). I invited him inside and also hidangkan air kat ummi abah n fadhil. At that time, my feelings were ZERO. Nak tau tak rase macam ape? Rase macam sambut kawan kakak datang rumah. As if benda2 yang berlaku tu takde kene mengena dengan aku. Bukanlah nak suruh kena ada perasaan ape2. Tapi, nak tunjuk yang betul2 tak berperasaan, nervous ke ape ke memang takde. Seolah-olah macam fadhil tu datang umah untuk nak kawen ngan kakak, bukan ngan aku. Tak terase penting or what-so-ever.  Hohoho.

But this time…it felt different… he made my heart beat faster than usual. I think that was when I developed a little feelings towards him.

After  greeted fadhil (greeted by bowing my head), I greeted her mother and sister. Salam tangan with a smiled. But no words. Then greeted his father with a bow. Pastu g duduk dekat sebelah ummi (this time kena join the company). Mase tu rase malu sket. Sebab sume tengok i. huhu. Blushing.

After my mom n dad sembang sikit2 with his mom and dad, my parents invited them for dinner. Mase tu baru tau yang dorg dah makan. Tapi terpaksalah dorg makan lagi sekali. Masa tengah hiding-hidang makanan kat tempat perempuan makan, fadhil’s mother asked:

“ana ke yang masak?”

My mom answered:

“tak, dy demam hari ni”

Yes, sepanjang siang tu I tito. Memang demam pun sejak semalam. Kepale pening2 jadi tak dapat nak tolong masak.

After dinner, I served the guests with chocolate cake(made by my sis). When I served the men’s table, rasa nak pandang fadhil. OMG what have gotten into me?? Asyik rasa nak pandang. But I stopped myself from doing so. Kena jaga pandangan! And also, I don’t want to develop anymore feelings for him. Not before we declared as husband and wife. So concentrate jelah buat keje. Kang cake jatuh kau jugak yang malu.

The men and women duduk separately. I sat at the lounge with ummi, fadhil’s mom and sister, makngah, mak uda and wanchik. The conversation started. Yang banyak bersembang was kakak fadhil je. His mom tak banyak cakap.. memang pendiam kot. Tapi banyak kali fadhil’s mom pandang aku! Perasan je tapi buat-buat tak perasan haha. After some time mak uda duduk sebelah fadhil’s mom and sembang2 dengan dy. While the other semua sembang dengan kakak fadhil.

The ‘kenal-kenal’ event went well till 23:30. Fadhil’s family went home.. tutup tirai dah.. fuuh penat melayan tetamu.

After fadhil’s family dah balek, mak uda pun mulalah bukak cerita, hasil sembang2 dy dengan ummi fadhil. A few questions that his mom asked were:

ummiFadhil: Ana ngan Fadhil tu selalu ke keluar eh? Dah berapa kali dorg keluar dating?

Makuda: Eh takdelah. Setahu saya dorg tak pernah keluar2 ni. Ana tu pun bukan jenis yang keluar2 sangat.

UmmiFadhil: yeke.. baguslah Alhamdulillah… macam mana dorg kenal? Melalui kawan ke?

Makuda: mungkin lah kot.. yang tu saya pn tak sempat nak Tanya dengan ana.

UmmiFadhil: sebelum ni fadhil tak pernah kenalkan saya dengan mana2 perempuan.. dy memang takde lah siapa2 sebelum ni. Dy jenis yang tak berkawan dengan perempuan sangat, selalu g masjid, dengar ceramah, suka pada benda2 agama.. Tiba-tiba dy bagitahu saya yang hati dy dah terbuka nak kawen.. terkejut saya..

Makuda: oh yeke.. ana tu pun suka pegi2 dgr ceramah macam fadhil tu jugak. Padan sangatlah dorg tu. Eloklah kalau fadhil dah kata sedia nak kawen.. bagi jelah dy kawen..

Ummi fadhil:……………………………………


Aha another question yang fadhil’s mom kept asking was

“kenapa ana tak sambung belajar?”

Mak uda just said that I have my own reasons as to why. But she didn’t know exactly.
Yes. I do have my own reasons. If she (fadhil’s mom) becomes to be my mother-in-law, I will tell her later inshaAllah. But the truth is, bukan aku tak sambung blaja. I did. Degree in microbiology-UKM. But I didn’t finish it. I stopped half way. And I have my reasons =)

To be continued ^_^


May Allah bless you! 


 love, 
The princess

Tuesday, March 15, 2011

'Taaruf' -PART 2-

 Mase mule2 nak g taaruf, melangkah masuk ke kedai makan tu first time ternampak Fadhil, hati aku secara spontan berbisik:

“this man is my future husband”

Ntah kenape benda tu terdetik di hati. Otomatik hati kata macam tu. As if there was a strong force that made my heart said that.
After the taaruf session ended, both of us agree to do istikharaa first before giving out the answer of whether to go on to next step together or stop rite there.
Daripada waktu taaruf sampailah lepas selesai taaruf dan pulang… my feelings were..

NOTHING.
ZERO.
EMPTY.
SPEECHLESS. – really didn’t know how to respond or how to act when Mr Im asked me my responds. Didn’t know what to say.

Eventhough I felt nothing, but it felt like sumthing was pulling me—to him.
I once asked my mom:

“kalau nak kawen kene ade rase suke ke?”

Mom:
“kene lah ade rase suke sikit.”

So lepas balik dari taaruf tu, I was in some kind of dilemma and worries. It was all because I have NOTHING for him. Absolutely NOTHING.  I thought:

I don’t even have the slightest bit of ‘like’ or feelings for him. So how am I going to marry him? What if I still have no feelings for him even after we get married? What if the feelings do not develop? How am I to live my whole life with him? Mcm mana nak layan suami tu dengan penuh kasih sayang jika xde rase sayang? Terasa berdosa jika x sayangkan dy dan berpura-pura…  Sangat takut jika xdapat sayangkan suami tu.. sangat takut jika tak memberikan hak seorang suami tu padanya (which is love).

I was confused. I then did my istikharaa and prayed to Allah a lot. I asked Allah to show me what should I do, to clear the clouds in my mind. I really didn’t  know what to think or what answer shud I give..

Alhamdulillah..praise to Allah, HE answered my prayers and showed me the way.
HE sent me the answers through a friend. I was shocked by my friend’s words, but it really clears out the clouds! When I was reading Quran, I also came to a few ayahs that showed me the way.
I thought that that might be the answer from Allah. That’s what Allah wants me to do.

Alhamduilillah… with every helps from Allah, I felt determined to make a decision and Alhamdulillah, I came to remember my intention of marriage. Mase aku tengah confuse confuse tu, aku terlupa pada NIAT asalku. Aku terlupa tujuan aku ingin berkahwin…dan aku terlupa…bahawa ..

ALLAH YANG MEMEGANG HATI-HATI KITA. DIA YANG MENENTUKAN SETIAP RASA YANG HADIR PADA HATI.

Jadi kenapa perlu risau? Jika kite bernikah kerana Allah, jika niat itu bersih keranaNYA, Allah pasti akan hadirkan cinta untuk suami isteri itu selepas berkahwin. Allah pasti akan memberikan barakahNYA pada pasangan yang bernikah kerana Allah.

HAVE FAITH IN ALLAH AND EVERYTHING WILL BE FINE!

FAITH. Yes that was what lack in me when I want to make the decision. Faith in Allah. Keyakinan adalah keimanan. Benda tu perlu ade pada kite.

Kini. Aku dah YAKIN!

I felt confident to gave Fadhil my answer. And ape yang bestnye, aku merasa tenang dengan decision yang aku buat. Aku merasa tenang untuk menerimanya, merasa tenang untuk menjadi permaisurinya!

So I sent an SMS tu Mr Im (our perantara):

“ I did an istikharaa. Alhamdulillah, rase OK. If mr Fadhil is willing to take my hand on marriage, then I will gratefully accept his hand.”

A few days after that I received a call from Mr Im. He said that Fadhil has gave his answer and decided to take my hand!

Alhamdulillah
Aku bersujud syukur.
Dan doaku moge Allah mudahkan perjalanan ini..
Jika ia baik untukku, Allah pasti memudahkan ia buatku..
Amen.



May Allah bless you! 


 love, 
The princess