Friday, February 24, 2012

TUNEECA anyone? :)

In the name of Allah the almighty


I think i want to start a business here!

have you ever heard of TUNEECA? It's a women/muslimah clothes.. founded in indonesia. The design are very unique, elegant, sweet and beautiful! honestly, no kidding! i bought 1 already.

Actually I have already started my business not long ago in facebook. so, for now, do have a peek for the collections of TUNEECA here: TUNEECA


If you feel interested and want to order, you may email me at asmaazizuddin@yahoo.com. If you want an ASAP reply, you may send me an sms here: 0193525453

Happy shopping girls! ^^


May Allah bless you!
Love,

Thursday, February 23, 2012

A teacher is a mother

In the name of Allah the most merciful


KHALISAH: Mudarisah, sy tgk mudarisah macam mak.
SAYA: macam mak? kenape?
KHALISAH: macam mak.. mudarisah betulkan tudung, mcm mak sy.
SAYA: yeke.. memang awak anak mudarisah kan? anak murid mudarisah tu anak mudarisah lah (saya senyum)
KHALISAH: (tersipu malu)

Diatas adalah perbualan saya dengan sorang anak murid darjah 1. oh ye, saya kat sekolah, diorang panggil mudarisah=guru perempuan. Khalisah ni pulak adelah salah sorang anak didik saya, dia mengaji iqra' dengan saya.. 

tahun ini masuk tahun kedua saya menjadi seorang guru..tahun kedua saya mengajar (di sekolah ini lah. kalau termasuk mengajar ditempat lain, masuk tahun ketiga).. Dan sepanjang tempoh saya bergelar guru, banyak yang telah saya belajar. yang paling banyak saya belajar adalah sifat 'SABAR'. ye, jadi seorang guru kepada pelajar tahun pra dan sekolah rendah memerlukan kesabaran yang tinggi! ape, ingat budak2 kecik ni setakat comel je ke? hmmh baguslah kalau camtu. diorang ni punya perangai....fuuuhhhhhhh...(hela nafas dengan perlahan-lahan)... ade yang taat pada guru, ada yang selalu lupa, ade yang terlalu aktif, ade yg suke menjerit-jerit, ade yang suke nangis, ade yang suke carik gado..dan macam-macam perangai. kadang-kadang saya rasa sangat kasih kat pelajar2 saya ni sampai rasa nak peluk cium dan bagi chocolate banyak2 je. tapi kadang-kadang rase macam nak lempang je. lempang??! oh ekstrimnya seorang guru berkeinginan untuk melempang anak muridnya! oh tak.. perasaan nak lempang ni hanya untuk special case sahaja ye.harap maklum. special case tu ditujukan untuk seorang murid perempuan ni je. budak darjah 3. suke sangat mengamuk tak tentu pasal. kalau mengamuk sendiri2 takpe jugak.. ni tidak..bila mengamuk, dia menyakiti kawan2 dy, dia koyakkan buku kawan2 dia, dia patahkan pensel, lead pensel dan pembaris kawan2 dia, dia baling kerusi meja dekat orang. budak sorang ni kalau mengamuk memang ekstrim.  saya rasa dia ade masalah mental/psychology dan perlukan rawatan. ibu bapa budak ni dah bercerai, dan dari pengamatan saya, masalah budak ni berpunca dari family. dia takde adik beradik dan kini hanya tinggal dengan ibu dia. bila budak ni buat perangai, rase geram tapi rasa kesian. saya banyak kali sarankan guru besar sekolah suruh ibu dia bawak pegi jumpa kaunselor atau psychologist..tak taulah kenapa ibu dia tak bawak jugak.. ibu dia pun macam asyik sibuk urusan kerja..dan dari apa yang saya nampak, ibu dia ni jugak mengalami tekanan..raut wajahnya penuh dengan masalah dan tekanan.

A teacher is a mother- itu frasa yang saya guna.. dan saya pegang.. bagi saya, guru bukan hanya guru.. guru juga adalah ibu bapa bg murid2 ketika disekolah.. bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, guru juga perlu mendidik murid2 dengan penuh kasih sayang.. tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik anak-anak.. guru perlu mengenali murid-muridnya dan perlu pandai mendekati murid-murid. perlu pandai bermain dengan psychology kanak-kanak. Guru juga perlu faham bahawa tidak semua muridnya bijak pandai..ada yang cepat faham dan ada yang lambat faham, jadi guru perlu lebih sabar untuk memahamkan murid-murid.. tidak perlu marah murid apabila murid tidak faham atau tidak dapat menjawab soalan dengan betul. bukan pilihan murid itu untuk jadi bijak atau tidak. guru perlu menjaga lidah dari mengata benda yang tak baik pada murid. mengata belakang pun jangan! kata2 guru tu adalah doa.. kalau marah murid kata "LEMBAB!", nescaya lembablah murid itu... pray for them more, instead of cursing them. bila murid lambat tangkap dan dah penat kte ulang tapi masih tak dapat, peganglah kepala murid dan doalah supaya allah terangkan hati dan mudahkan faham budak ini.

benar..tugas seorang guru bukanlah mudah.. kerjanya sehari-hari sangat memenatkan, melelahkan.. tugas mendidik bukan mudah! perlu bercakap sepanjang hari, meninggikan suara untuk mengatasi suara anak2 murid yang bising, memikirkan bermacam-macam kaedah untuk memudahkan anak murid faham, berulang-ulang memberikan penjelasan, berkali-kali memberikan teguran, dan sebagainya.. apabila murid terkencing dalam seluar dan merasa takut atau malu, guru perlu tahu cara untuk menenangkannya dan memberi murid support untuk tak kencing dalam seluar lagi. bila murid pakai tudung tak betul atau nampak rambut, betulkan. bila murid jatuh dan nangis, pujuklah..bila murid sakit, tak selesa, dan memerlukan perhatian, guru perlu memberikan perhatian dan menenangkan murid.. bila murid bergaduh, guru perlu pandai meleraikan pergaduhan, menegur dan dalam masa yang sama menasihati murid. jika guru salah cara, mungkin akan membuatkan murid rasa 'berat sebelah' atau terasa seperti guru tidak mempercayainya apabila beliau cuba untuk membela diri.. dalam semua perkara yang guru lakukan, guru perlu mengambil langkah bijak supaya dapat mendidik jiwa murid dengan baik dan supaya murid membesar dengan personaliti yang sihat. susahkan jadi guru? sentiasa kena buat fikir and uat penilaian camane nak deal dgn budak2, camane cara yg terbaik nak didik budak-budak.

tu baru dari segi jiwa. dari segi pembelajaran pulak, guru kena fikir mcm mana nak bagi murid rajin belajar. yg ni susah betul lah bila kita kene mengajar subjek2 yang tak interesting, boring dan susah bagi murid. contohnya subjek saya: TAJWID. saya masih ingat, waktu saya sekolah dulu pun saya tak suka tajwid dan saya rasa tajwid ni susah giller! tapi bile dah besar ni, belek2 buku tajwid, rasa takdelah susah pun. pelik kenapa budak2 rasa susah? hmm boleh buat kajian. i think, mindset yang buat rase susah. jadi sekarang ni saya sebagai guru tajwid, perlu fikir cara untuk bagi budak mudah nak faham tajwid dan juga perlu ubah mindset diorang yang kata tajwid susah! 
tak senang jadi guru...semoga Allah mudahkan tugas saya... dan berkati usaha saya.. semoga Allah mudahkan faham anak-anak murid saya..semoga Allah berikan kejayaan dunya akhirat kpd anak-anak murid saya..

kepada yang nak jadi guru, teruskan usaha! guru tugas mulia inshaAllah, walaupun sukar. kepada yang memang dah jadi guru, marilah kita sama-sama membaiki diri kearah yang lebih baik.. jadilah guru dan ibu kepada murid2 kita.. didik dan ajarlah dengan kasih sayang, dan bersabarlah dengan murid2, sebagaimana seorang ibu bersabar dengan anaknya. kepada yang bukan seorang guru tapi seorang ibu, seorang ibu juga adalah seorang guru kpd anaknya, maka didiklah juga dengan baik, penuh dgn kasih sayang dan wisely. semoga anak-anak kita menjadi insan cemerlang dunia akhirat. AMEEN!


May Allah bless you!

 Love,

Thursday, February 9, 2012

Design baju kawen -A request

In the name of Allah the most gracious


Fuuh..fuuh... blog ini sudah bersawang kerana sekian lama telah ditinggalkan. hehe. mintak maaflah. kemalasan menaip keluar perkataan-perkataan dan idea-idea dari otak jua hati membantutkan peng-apdetan blog ini. hehe.

Entri ini ditulis pun kerana ingin memenuhi permintaan sahabat yang bakal berkahwin tengah tahun ini InshaAllah. My friend, k.Ida asked me to design a few wedding gown for her. So here are my ideas of her wedding gown. Dia kata nak kembang tapi taknak kembang sangat (kembang sangat macam wedding gown aku lettew)


PS: dear sis Ida, oleh itu, marilah kite scroll down tengok2 gamba sketch wedding gown ni. sorry ler sketch burok. well, am not a designer or an artist. hohoh. i tau la yg sketch ni huduh. jgn nk ngate plak.grrr


BAJU 1:: style ke-melayu-an. kain yg mcm bercorak tu sebenarnye kain lace atau chiffon. leher pulak ke-cina-an. baju ini sebenarnye selapis je, maksud saya, jahit sekali lace/chiffon dgn satin kat dlm tu. kire mcm buat lining lah. nmpk tak garis bintik2 dekat kain? itu nk tunjuk mcm mane cutting lace/chiffon kt belah belakang. cuba tengok hujung2 kain lace/chiffon tu. bercorak kan? purposely potong bercorak gitew.

BAJU 2:: AISEY. tonggeng pulak gambar ni. malas lah nak betulkan HAHAHA. ok yg pulak lebih kpd style  ke-cina-an. Just look at the buttons' pattern. mcm baju cheongsam kan? hihi. Ok tp tgk kat lengan tangan, tu style ENGLISH ok sbb ade ruffles. design ni pun piece dalam and luar dijahit sekali. one piece saje.



BAJU 3:: gambar ni ngn baju2 diatas tu same design. Design ni lebih kpd English-style.  boleh jadi 1 piece atau 2 pieces. depends korg nak jahit sekali lapisan luar dng dalam atau tak. tapi kalau ikut idea i, dijahit sekali. nampak je mcm 2 pieces. yg kat luar tu nampak macam cardigan lace kan? kat cardigan tu letak ribbon mcm yg i lukis tu. and then kat lengan tangan, ruffles/frills dia heavy siket. kekembangan gown ini bergantung pada korg nak kembang cmne. tp kalo ikut gamba yg dilukis ni, x kembang sgt, x kempis sgt. mcm maxi2 yg kembang2 dengan nice-nye.

BAJU 4:: yang ini design melayu+english. cara butang ade sikit2 macam kebaya kan? tp takdelah rupe kebaya sgt pon.  Ok baju ni 2 pieces. piece luar kain lace/chiffon. kain dalam satin atau ape2 yang ok. kat lengan tgn pun ade sikit ruffles tapi tak heavy. untuk kain lace/chiffon kat piece luar tu, tepi2 kain tu memang purposely potong ber-curve-curve gitu. baru santek. pada kain lace/chiffon tu juga boleh lah tambah manik2 atau yang sewaktu dengannya mengikut citarasa..

BAJU 5:: this one pun design ala-ala english. 2 pieces. luar tu buat coat, kain lace. ade sikit kesilapan pd lukisan. yg kat lengan tu, the frills patut ade kat baju yg inner. frills sambung kat lengan baju yg dalam ok. yg coat kt luar takde frills tp panjang lengan coat mesti make sure akan nampak frills baju yg dlm tu. bile pakai nanti (cube bayang kan) pakai coat lace and then dekat tgn tu ade frills kain satin. cantikkan?

BAJU 6:: design ni ade ala2 jubah maxi. 1 piece sahaje. yg lace/chiffon tu dijahit sekali dgn maxi kat dalam, kat bahagian leher and bahu. pastu lace/chiffon tu dibiarkan longgar2 mcm tu. baju maxi kat dalam pulak potongan yg ade curve and dart tp tak ketat. bahagian lengan tangan ade sikit ruffles yg buat gune kain lace/chiffon td. 

BAJU 7:: design ni ade ala-ala baju traditional korea sikit dekat bahgian atas dada. potongan skirt yang kembang disambung bawah sikit dari dada (mcm style baju traditional korea). bahgian pusat baju ade dijahit ribbon. bahagian tangan ade ruffles yg tak heavy. dekat skirt pulak, ade di-layer kan dengan kain chiffon atau lace. kain chiffon better kot utk design yg ni.

Add caption

BAJU 8:: pelik tak tengok tangan baju ni lain-lain kanan and kiri? HAHAHA jangan tertipu! itu contoh tangan, korang pilih lah lebih suke tangan yang belah mane. jangan buat lain2 macam ni!! ok baju ni, kat leher guna konsep cina sikit. pastu ade ring kat bawah colar. cantikkan lubang kat bawah colar tu? hihi. baju ni 1 piece sahaje. lace.chiffon dijahit sekali dengan baju. taktau nak citer ape lagi. tengoklah sniri gambar tu. tak paham baru tanye hihi.


************
Ok that's all koleksi lukisan huduh. cube-cubelah cantikkan dan kreatifkan design ni kat dalam kepala korng. InshaAllah it will comes out gorgeous. heheh. by-the-way, untuk semua design ni, korg letak sendiri nak kembang tahap ape. to k.ida, kalau berminat, amik terus design kt sini. kalau x minat, cube fikir design lain, kalu mcm minat tp kurang ikut citarasa atau kehendak, cube adjust dari design ni ataupun, consult i cmne nak adjust2. oke bebeh. adios. wassalam!



May Allah bless you! 


 Love,