Friday, April 18, 2014

Taman Achema'

In the name of Allah the most Graceful

di suatu pagi, sambil hug2..

fadhil : Biasanya kan orang kata 'nampak je kasar, tapi dalam hati ada taman'.. kite pun nampak je camni, tapi dalam hati ade taman..hehe

asma' : Yeke..taman ape?

fadhil Taman achema'..hehehe

*lalu aku terus terbayang bunga-bunga di taman hatinya adalah achema'-achema' yang ramai..haha..

and i smiled widely. i am so in love with you!

May Allah bless you!

Love,

Saturday, December 28, 2013

usamah 1 year old

In the name of Allah the most Gracious

tengok tarikh last update blog -december 2012.
dah setahun rupenya tak update blog!
well a lot happened during this 1 year of 'silence'. i was busy with life, and i still am. getting busier by day as my little Usamah is venturing into 'toddlers era'! still, i have to admit that i Am lazy to update the blog. -sigh~

Usamah is now 1 year old (13months to be exact). he is a healthy boy who loves to make her ummi run after him, and call for him from afar with a not-so-thunderous voice,

"usamah! no!"
"usamah sit down!"
"usamah, don't!"
"usamah turun!"
"usamah it's dangerous!"

usamah..usamah..usamah.. oh ummi loves you lah!
hehe.

dulu-dulu usamah sukaaaa sangat porridge yang ummi buat untuk dia. bila dah start makan nasik yang bukan bubur pun, usamah suka makan! dia makan banyak! tapi sekarang dah tak macam tu. dia taknak nasik. lauk pun tak berapa nak. bila suap, dia buang balik. nak tau apa yang dia nak? aha roti, chocolate dan pisang dia memang nak. hmm..usamah, itu gaya hidup yang tak sihat..ummi is worried... but what to-do. they say, 'like father like son'. yes, serupa macam ayah dia!

so solutionnya, ummi bagi usamah makan roti sebagai ganti nasik. tapi sebelum bagi roti, suap sikit lauk. sesuap dua pun jadi lah..asalkan makan sikit.. lepas makan roti sekeping, bagi banana pulak.. i am thinking of giving him vitamins so that cukup nutrient dalam badan.. hmm shud i?

oh usamah..penyejuk mata dan hati kami :)


May Allah bless you!

 Love,

Tuesday, December 18, 2012

beranak!

In the name of Allah the most gracious

ALHAMDULILLAH..
i have safely gave birth to a handsome sepet-eyes boy on November 20, 2012 at 03:17 am. Berat 3.3kg. Lahir normal dengan penuh kepayahan dan tenaga. Giving birth-is indeed a great experience despite all the contracions and pains. Alhamdulillah :)

And so with Hopes and Du'aa, we named him USAMAH :)
[who is usamah? READ HERE]

cuba dengar ini juga :)



Cerita sikit tentang pengalaman bersalin..

i gave birth at 38weeks pregnancy. sebenarnya belum 'time' nak branak pun lagi. belum rasa nak beranak. tapi on that fine morning of 19th nov pergi serah diri di hospital SALAM-untuk di-induce.
Reason paksa beranak, sebab di advice oleh doctor memandangkan baby dah besar dan pertambahan berat baby mingguan banyak (500gm lebih kurang), jadi takut2 by the time due date tu baby dah 4kg/> dan terpaksa di bedah pulak. so untuk mengelakkan risiko kene czer, paksa lah branak dulu.

19/11/2012 

07:15
arrived at SALAM hosp Shah Alam

09:30
Masuk ubat (induce). Tak lama lepas tu terus rase regular contraction every few minutes. mula-mula selang 5mins. pastu lepas 2jam camtu selang 2mins. tapi contraction mild, so boleh tahan dan beraksi seperti biase.hehe. jalan baru bukak 1cm
camne sakit contraction mase tu? rase macam tegang2 di perut waktu period atau senggugut yg sikit2 dan boleh tahan.

12:00
Jalan masih lagi 1cm walaupun contraction semakin sakit dan kuat. Then Dr tolong bukakkan sikit jalan jadi 2cm. sakitttt! nangiss :'(

15:30
jalan masih 2 cm. contraction semakin kuat. kadang2 duduk dan goyang-goyangkan badan kedepan n kebelakang nak tahan sakit..

18:30
Jalan dah bukak 3cm. Ready nak masuk labour room lepas solat maghrib.

20:00
contraction sakit sangat. Nurse tanye nak ubat tahan sakit tak. reply ckp 'taknak'. kononnye kuat dan nak cuba tahan semampu yg boleh. sampai pukul 20:30 dah tak tahannn. mintak jgk ubat tahan sakit. kene cocok kat bontot. rase lega lepas tu dan tertidur (ubat buat ngantuk).. jalan dah bukak 4cm.

22:00
jalan masih 4 cm. contraction semakin menggila. sakit amat. dan sakit semakin kerap. mata tutup je. setiap kali sakit genggam tangan fadhil kuat2 sampai sakit reda.. tak nangis masa tu.. endure je sakit tu.. rasa kecewa sebab setiap kali nurse dtg cek, jalan masih 4cm..macam takde progress.. rase down..

20/11/2012

00:00
Sakit yang terlampau!! teramat sakit sampai macam dah separa sedar, yang tahu rasa sakit je. nak pengsan kot? sakit contraction takde rehat, macam setiap saat sakit. baru reda sakit, dah sakit balik. tangan fadhil yang digenggam setiap kali sakit tu dah xde rehat, agaknye darah pun tak jalan dah. sampai satu tahap dah terlalu, terlampau lampau sakit, takleh tahan dah, nangis2.. nurse cakap "contraction kuat dah tapi jalan baru bukak 5cm". nurse macam risau tgk kesakitan aku. setiap kali sakit sedut sedut gas huhu.. then bila nurse tgk teruk sgt sakit, inject lagi ubat tahan sakit dan tertidur lg sekali. tapi terjaga-terjaga jugak.

03:17
tak sure exactly pukul berapa start teran nak beranak. tapi lama jugak teran. susah sangat nak keluar. rasa hampir2 nak putus asa. Alhamdulillah Allah izinkan untuk keluar jugak akhirnya.
lepas branak tu, berlaku pendarahan byk n tak berenti.. rupa2 nya pangkal rahim koyak.. dr cuba jahit tapi kalau tak berenti jugak kena masuk ot, bedah. Alhamdulillah berenti jugak lepas jahit pangkal rahim tu.

lepas beranak memang seriously tak larat. tenaga dah abes..tambah lagi dengan kesat ubt tahan sakit yg masih berbaki.oleh kerana tak larat nk bergerak balik ke bilik, aku tito je kt katil labour room tu.

ok tamat kisah bersalin..
stop stakat ni..bai




May Allah bless you! 

 Love,

Friday, September 21, 2012

menanti kepulanganmu


In the name of Allah the almighty

Jam menunjukkan pukul 21:10 malam.. kekasih hati masih belum pulang.. hati menjadi gusar.. menunggu ketibaan suami tercinta..
seringkali..bilamana kekasih hati lewat pulang, hati diserang kerisauan..menjadi gundah gulana.. justeru hati berdoa

"Ya Allah peliharalah suamiku dimana saja dia berada..ya Allah aku meletakkan suamiku dibawah jagaanmu, aku tawakkal padaMU.."

semakin dia lewat pulang, semakin liar idea-idea negatif merasuk fikiran..ahh jauh..jauh kamu semua.. Aku hanya menaruh harapan pada Allah..

Normalkah perasaan ini bagi semua isteri-isteri di luar sana? normalkah aku berperasaan begitu? Atau terlebih risaukah aku?

seringkali kita diperingatkan..

'jangan terlalu sayang sangat kat seseorang..'
'jangan letakkan 100% sayang dan percaya pada orang..'
'jangan biarkan cinta pada pasangan melebihi cinta pada Allah s.w.t..'

seringkali juga aku memperingatkan diri bahawa segalanya milik Allah, baik dirinya mahupun diriku.. namun aku tidak pasti..apakah aku mampu untuk menghadapi dugaan yang maha hebat dari Allah yg esa, jika Allah mengambilnya dariku? Ya Allah..sungguh...aku merasa amat lemah dengan hanya 'berfikir' bahawa engkau akan mengambilnya dariku...

Ya Allah...jauhkan segala malapetaka dari menimpa suamiku dan keluargaku.. aku bermohon...



May Allah bless you! 

 Love,

Thursday, April 26, 2012

Two months

In the name of Allah the most compassionate


Alhamdulillah i'm two months pregnant. to be exact, almost 9 weeks pregnant. This morning i went to Dr. Fatima Najla-my specialist for appointment-checkup etc (it turns out to be my last appointment with her since everything is goin well and fine).. Alhamdulillah baby is growing well in my womb, the length is 2cm+, the heart is beating normally, and paling best dah mula gerak-gerak! My husband was smiling widely seeing this sampai nampak gigi tersengih haha! yes we are excited first-time-parents!

Subhanallah i can't believe im carrying a baby inside my womb. subhanallah.. it feels like a moment ago i was running and jumping and laughing hysterically with friends, living everyday carefree-ly with university friends-all single :D. It feels like a moment ago i was a girl with no responsibilities, no commitment towards others (spouse, bf, etc..). But today.. I'm married to a loving husband and I'm going to have my own children! I'm going to have my own family! haha... time sure fies fast.. Alhamdulillah, thank Allah for all his rahmah :)


i'm really glad that i'm already 2months pregnant. Because i have only half way to go to endure all these gastric and morning sickness (it's actually all-day-long sickness -__-' zzzzz...) nowadays my condition is getting worse i think. because i threw up (buwekk) more frequent. Doc also said that morning sickness is worst during 8-10 weeks pregnant. I pray to Allah to grant me a great patience to undergo such uneasy stage.. Alhamdulillah ada seorang kawan punya kata2 dan reminder telah menabahkan aku:

"When having bad day (morning sickness etc)remember, any pain expiates our sin..well try anyway"


May Allah bless you!

 Love,


Friday, April 6, 2012

Gastric atau morning sickness?

In The name of Allah the almighty


Nowadays ( a week past) im having a hard time. Tapi ku gagahkan diri untuk menaip di blog kerana terasa ingin berkongsi dan meluahkan.

Sejak minggu lepas, perut sangat sakit dan pedih..so pegi jumpa doctor and doctor kata normal untuk pregnant women kena gastric. tambahan pulak sebelum pregnant memang dah gastric. Doctor tu bagi ubat gastric 'Gaviscon'. since then everyday makan ubat. Tapi masih tak elok2. It makes me wonder. am i actually having a morning sickness? or just gastric?

my symptoms are:


  • Pedih perut, pedih tekak, pedih ulu hati
  • muntah acid
  • perut dan badan berangin
  • Tak lalu makan
  • bau certain2 benda atau makanan buat rasa nak muntah (bila terbayang pun rase loya je)
  • time teruk around maghrib sampai pagi esok (perut rase pedih,sebu, mual, rase mcm nak demam, nak makan tapi x lalu). Kalau siang tu adelah loya sikit2 tapi tak teruk, perasaan loya yang mampu diabaikan dan boleh nak makan lagi.hehe.


Kawan-kawan cakap tu mabuk mengandung. Tapi selalu taknak mengaku sebab kalau boleh memang taknaklah mabuk2 ni. kalau mengaku kang makin teruk pulak sebab psychology.
but now i have to admit that Im having Morning Sickness.PLUS gastric.grrrr.

Allahu ahad.. Tabahkan aku, sabarkan aku..

Bila tengah rasa tak best, loya2 teruk bagai, i said this to my husband:

"Allah bagi ujian teruk ni sebab nak bagi anak soleh ni. Bukan senang nak dapat anak soleh, kena dapat ujian berat dulu" :)

hehe. terubat sikit kesengsaraan bila fikir macam tu. InshaAllah..Allah memang nak bagi anak yang soleh pada ummi :)





May Allah bless you! 


 Love,

Wednesday, March 28, 2012

Pregnant?

In the name of Allah the most gracious


I have been married to a great man for 5months+. And a lot of people hav been asking
"dah ade isi?"
"dah pregnant?"
"bile mau mengandung?"
....
and the kind of answer i always gave was
"belum lagi hee. Inshallah Allah bagi bile masa dah tiba, bile saya dah bersedia untuk jadi ummi."

Ya.. anak itu rezeki..dan rezeki itu hak Allah untuk beri pada siapa dan bila. Masa mula2 kawen dulu mmg xmo anak dulu. nak enjoy.hee. moreover bila tengok my sisters jaga anak diorang yang masih kecik, rasa malas pulak nak hadapi dan galas tanggungjawab itu.hihi :D.

Tapi sekarang rasa dah nak pulak anak . nak didik anak :)

Alhamdulillah. Allah beri :))

Weekend lepas, after digesa oleh kakak dan kawan untuk buat UPT (sebab dah lewat period hampir 3 minggu), saya pun buatlah....... jeng...jeng...jeng.... POSITIF! 2kali buat dan resultnya positif. mula-mula guna UPT kit yg nama ape ntah.murah punye.. 2nd line tu appear tp fade sikit.. then beli test kit yg mahal jenama ClearBlue. fuuh memang clear 2 line.

so next step..pegi check kat clinic.. tapi bile scan xnampak ape pun. pegi lagi satu clinic punnnn tak nampak! risau. kalo ikut kiraan normal period dah nak masuk 7weeks. so supposed nampaklah. Tp period sy mmg xpnah tetap. jadi usia kandungan menjadi tanda tanya. bila scan, yang nampak hanyalah cyst! dah risau lagi. Kemungkinan2 yang ada yang merisaukan saya waktu tu ialah:

1) Ectopic pregnancy (kandungan luar rahim yang boleh membawa maut dan boleh merosakkan fallopian tube-so susah nak ngandung lagi)

2) malignent cyst-cancer. if ade cyst yg type ni, ade kemungkinan x pregnant tapi bile buat UPT dpt result POSITIVE. because this kind of cyst may produce HCG hormone macam org pregnant.

lepas jumpa 2nd doctor tu, dia bagi surat untuk refer ke gynaecologist.

Pada hari Isnin (26/02/12) i went to Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) with a troubled heart.. I made an appointment with Dr. Fatima Najla. Mula-mula Dr fatima buat scan dekat perut tapi tak nampak..tapi dia kata macam nampak cuma tak berapa jelas, tak berapa pasti lah. so next buat scan ikut vagina. method ni lebih mudah untuk nampak. Alhamdulillah nampak ada karung baby! kecik je. bulat. dan jugak bila dia tengok dekat cyst tu dia kata, mungkin bukan malignant. Tapi Endometriosis. Alhamdulillah tak besar sangat sampai perlu buat operate.. Doc said that Endometriosis tu akan semakin mengecil bila baby semakin membesar dalam womb and bila deliver baby nanti endometriosis akan turut keluar sama. Alhamdulillah.

Lega bila ada baby dalam uterus, bukan ectopic pregnancy.alhamdulilah. Tapi.. ada lagi satu perkara yang merisaukan..

Dr Fatima asked me to come back in 2 weeks time. sebab nak check sama ada baby hidup dan membesar atau tidak. Sebab kalau ikut kiraan normal kan umur baby sepatutnya 7weeks. tapi baby sy terlalu kecik macam 4/5 weeks je. Tapi mungkin jugak baby saya baru 4/5 weeks sebab period saya kan x normal jadi tak boleh ikut kiraan normal. So doc nak pastikan yang memang kandungan tu kecil lagi.. Doc also told me to immediately consult doc if ada bleeding. bleeding tu maknanya nak miscarriage lah. Alhamdulillah setakat ni xde bleeding.. Ya Allah risaunya kalau baby tu x hidup... Hopefully dapat result yang baik 2 minggu akan datang.. doakan saya!


May Allah bless you! 

 Love,