Tuesday, January 13, 2015

Kasih ummi

In the name of Allah the most gracious

Alhamdulillah..
Allah telah kurniakan 2 cahaya mata yang soleh (inshallah) buat aku dan suami..
Anak yang 2nd ni baru nak masuk 3 bulan. Yg 1st pulak baru 2 tahun.. life sekarang ni macam kelam kabut. Aku masih belajar handle 2 si kecik. Memang penat dan stress!

Bila dah ada anak sendiri dan lalui kesukaran mendidik/mengurus anak, baru lah tahu macam mana yang ummi rasa dulu.. ummi lagi lah, anak 5 orang rapat2.. abah selalu fly. Semua hal kami dan hal rumah semua ummi yang buat. Macam mana ummi boleh jadi hebat camtu?

Bila dah rasa ada anak ni baru lah tahu betapa besarnya jasa ummi..
Otomatik air mata jatuh..
Banyak sangat buat salah dekat ummi..

Ummi..
Insan yang paling berjasa
Insan yang paling baik
Bersusah demi anak2 tanpa meminta balasan..

Ya allah kelak tempatkan ummi di syurga, jauhkan ummi dari api neraka.. ya allah ampunkan semua dosa2 ummi, kasihanilah ummi sebagaimana ummi kasihi kami sewaktu kecil..

Sayang ummi!

Friday, August 22, 2014

Tragedi mh17

In the name of Allah the most merciful

Hari ini jasad2 mangsa korban mh17 telah diarak kembali ke pangkuan keluarga.. suasana hari ini suram dan newsfeed FB dibanjiri post kepiluan dan doa buat arwah disana..

Cerita yang paling membuat aku terkesan adalah cerita kimi dan asmaa. Kimi adalah salah sorang pilot mh17 dan asmaa adalah isterinya yg kini jadi balu.. mereka punya seorang anak berumur 9 bulan.. aku baca kisah asmaa apabila menerima berita kecelakaan yang menimpa suaminya dari blog bff asmaa.. menangis..

Menurut bff asmaa, hari pertama selepas crash tersebut asmaa kelihatan seolah-olah tak bernyawa.. tiada bunyi tangisan dan sendu tetapi air mata mengalir tidak berhenti sambil berbaring disebelah anak kecilnya yang tidur.. Allahu akbar. Jelas terlihat betapa beratnya dugaan menerima takdir ilahi..

Allahu akbar... daripada cerita bff asmaa, jelas terlihat kekuatan dan ketabahan asmaa.. andai aku diuji begitu, aku rasa macam tak mampu nak laluinya..
Disaat ini aku terasa amat bersyukur kerana masih punya suami disisi.. bersyukur allah masih mengizinkan untuk aku bersama suamiku.. alhamdulillah allah masih pinjamkan fadhil bin ismail kepadaku.. hidupku kini lengkap dengan kehadiran fadhil disisi.. tak dapat aku bayangkan jika allah mengambilnya dariku..

nangis....

Ya allah.. sesungguhnya engkau tak akan menguji seorang hamba diluar batas mampunya.. disaat ini aku masih merasakan diriku tidak mampu nk melalui ujian sehebat itu..maka janganlah uji aku sebegitu...
Sesungguhnya aku amat takut untuk menghadapi ujian seperti itu..

Doaku semoga allah letakkan ketabahan dan kekuatan dalam diri asmaa dan ahli keluarga mangsa yg lain.. semoga allah mudahkan mereka lalui saat yang sukar ini... ameen

Friday, April 18, 2014

Taman Achema'

In the name of Allah the most Graceful

di suatu pagi, sambil hug2..

fadhil : Biasanya kan orang kata 'nampak je kasar, tapi dalam hati ada taman'.. kite pun nampak je camni, tapi dalam hati ade taman..hehe

asma' : Yeke..taman ape?

fadhil : Taman achema'..hehehe

*lalu aku terus terbayang bunga-bunga di taman hatinya adalah achema'-achema' yang ramai..haha..

and i smiled widely. i am so in love with you!

May Allah bless you!

Love,

Saturday, December 28, 2013

usamah 1 year old

In the name of Allah the most Gracious

tengok tarikh last update blog -december 2012.
dah setahun rupenya tak update blog!
well a lot happened during this 1 year of 'silence'. i was busy with life, and i still am. getting busier by day as my little Usamah is venturing into 'toddlers era'! still, i have to admit that i Am lazy to update the blog. -sigh~

Usamah is now 1 year old (13months to be exact). he is a healthy boy who loves to make her ummi run after him, and call for him from afar with a not-so-thunderous voice,

"usamah! no!"
"usamah sit down!"
"usamah, don't!"
"usamah turun!"
"usamah it's dangerous!"

usamah..usamah..usamah.. oh ummi loves you lah!
hehe.

dulu-dulu usamah sukaaaa sangat porridge yang ummi buat untuk dia. bila dah start makan nasik yang bukan bubur pun, usamah suka makan! dia makan banyak! tapi sekarang dah tak macam tu. dia taknak nasik. lauk pun tak berapa nak. bila suap, dia buang balik. nak tau apa yang dia nak? aha roti, chocolate dan pisang dia memang nak. hmm..usamah, itu gaya hidup yang tak sihat..ummi is worried... but what to-do. they say, 'like father like son'. yes, serupa macam ayah dia!

so solutionnya, ummi bagi usamah makan roti sebagai ganti nasik. tapi sebelum bagi roti, suap sikit lauk. sesuap dua pun jadi lah..asalkan makan sikit.. lepas makan roti sekeping, bagi banana pulak.. i am thinking of giving him vitamins so that cukup nutrient dalam badan.. hmm shud i?

oh usamah..penyejuk mata dan hati kami :)


May Allah bless you!

 Love,

Tuesday, December 18, 2012

beranak!

In the name of Allah the most gracious

ALHAMDULILLAH..
i have safely gave birth to a handsome sepet-eyes boy on November 20, 2012 at 03:17 am. Berat 3.3kg. Lahir normal dengan penuh kepayahan dan tenaga. Giving birth-is indeed a great experience despite all the contracions and pains. Alhamdulillah :)

And so with Hopes and Du'aa, we named him USAMAH :)
[who is usamah? READ HERE]

cuba dengar ini juga :)



Cerita sikit tentang pengalaman bersalin..

i gave birth at 38weeks pregnancy. sebenarnya belum 'time' nak branak pun lagi. belum rasa nak beranak. tapi on that fine morning of 19th nov pergi serah diri di hospital SALAM-untuk di-induce.
Reason paksa beranak, sebab di advice oleh doctor memandangkan baby dah besar dan pertambahan berat baby mingguan banyak (500gm lebih kurang), jadi takut2 by the time due date tu baby dah 4kg/> dan terpaksa di bedah pulak. so untuk mengelakkan risiko kene czer, paksa lah branak dulu.

19/11/2012 

07:15
arrived at SALAM hosp Shah Alam

09:30
Masuk ubat (induce). Tak lama lepas tu terus rase regular contraction every few minutes. mula-mula selang 5mins. pastu lepas 2jam camtu selang 2mins. tapi contraction mild, so boleh tahan dan beraksi seperti biase.hehe. jalan baru bukak 1cm
camne sakit contraction mase tu? rase macam tegang2 di perut waktu period atau senggugut yg sikit2 dan boleh tahan.

12:00
Jalan masih lagi 1cm walaupun contraction semakin sakit dan kuat. Then Dr tolong bukakkan sikit jalan jadi 2cm. sakitttt! nangiss :'(

15:30
jalan masih 2 cm. contraction semakin kuat. kadang2 duduk dan goyang-goyangkan badan kedepan n kebelakang nak tahan sakit..

18:30
Jalan dah bukak 3cm. Ready nak masuk labour room lepas solat maghrib.

20:00
contraction sakit sangat. Nurse tanye nak ubat tahan sakit tak. reply ckp 'taknak'. kononnye kuat dan nak cuba tahan semampu yg boleh. sampai pukul 20:30 dah tak tahannn. mintak jgk ubat tahan sakit. kene cocok kat bontot. rase lega lepas tu dan tertidur (ubat buat ngantuk).. jalan dah bukak 4cm.

22:00
jalan masih 4 cm. contraction semakin menggila. sakit amat. dan sakit semakin kerap. mata tutup je. setiap kali sakit genggam tangan fadhil kuat2 sampai sakit reda.. tak nangis masa tu.. endure je sakit tu.. rasa kecewa sebab setiap kali nurse dtg cek, jalan masih 4cm..macam takde progress.. rase down..

20/11/2012

00:00
Sakit yang terlampau!! teramat sakit sampai macam dah separa sedar, yang tahu rasa sakit je. nak pengsan kot? sakit contraction takde rehat, macam setiap saat sakit. baru reda sakit, dah sakit balik. tangan fadhil yang digenggam setiap kali sakit tu dah xde rehat, agaknye darah pun tak jalan dah. sampai satu tahap dah terlalu, terlampau lampau sakit, takleh tahan dah, nangis2.. nurse cakap "contraction kuat dah tapi jalan baru bukak 5cm". nurse macam risau tgk kesakitan aku. setiap kali sakit sedut sedut gas huhu.. then bila nurse tgk teruk sgt sakit, inject lagi ubat tahan sakit dan tertidur lg sekali. tapi terjaga-terjaga jugak.

03:17
tak sure exactly pukul berapa start teran nak beranak. tapi lama jugak teran. susah sangat nak keluar. rasa hampir2 nak putus asa. Alhamdulillah Allah izinkan untuk keluar jugak akhirnya.
lepas branak tu, berlaku pendarahan byk n tak berenti.. rupa2 nya pangkal rahim koyak.. dr cuba jahit tapi kalau tak berenti jugak kena masuk ot, bedah. Alhamdulillah berenti jugak lepas jahit pangkal rahim tu.

lepas beranak memang seriously tak larat. tenaga dah abes..tambah lagi dengan kesat ubt tahan sakit yg masih berbaki.oleh kerana tak larat nk bergerak balik ke bilik, aku tito je kt katil labour room tu.

ok tamat kisah bersalin..
stop stakat ni..bai




May Allah bless you! 

 Love,

Friday, September 21, 2012

menanti kepulanganmu


In the name of Allah the almighty

Jam menunjukkan pukul 21:10 malam.. kekasih hati masih belum pulang.. hati menjadi gusar.. menunggu ketibaan suami tercinta..
seringkali..bilamana kekasih hati lewat pulang, hati diserang kerisauan..menjadi gundah gulana.. justeru hati berdoa

"Ya Allah peliharalah suamiku dimana saja dia berada..ya Allah aku meletakkan suamiku dibawah jagaanmu, aku tawakkal padaMU.."

semakin dia lewat pulang, semakin liar idea-idea negatif merasuk fikiran..ahh jauh..jauh kamu semua.. Aku hanya menaruh harapan pada Allah..

Normalkah perasaan ini bagi semua isteri-isteri di luar sana? normalkah aku berperasaan begitu? Atau terlebih risaukah aku?

seringkali kita diperingatkan..

'jangan terlalu sayang sangat kat seseorang..'
'jangan letakkan 100% sayang dan percaya pada orang..'
'jangan biarkan cinta pada pasangan melebihi cinta pada Allah s.w.t..'

seringkali juga aku memperingatkan diri bahawa segalanya milik Allah, baik dirinya mahupun diriku.. namun aku tidak pasti..apakah aku mampu untuk menghadapi dugaan yang maha hebat dari Allah yg esa, jika Allah mengambilnya dariku? Ya Allah..sungguh...aku merasa amat lemah dengan hanya 'berfikir' bahawa engkau akan mengambilnya dariku...

Ya Allah...jauhkan segala malapetaka dari menimpa suamiku dan keluargaku.. aku bermohon...



May Allah bless you! 

 Love,

Thursday, April 26, 2012

Two months

In the name of Allah the most compassionate


Alhamdulillah i'm two months pregnant. to be exact, almost 9 weeks pregnant. This morning i went to Dr. Fatima Najla-my specialist for appointment-checkup etc (it turns out to be my last appointment with her since everything is goin well and fine).. Alhamdulillah baby is growing well in my womb, the length is 2cm+, the heart is beating normally, and paling best dah mula gerak-gerak! My husband was smiling widely seeing this sampai nampak gigi tersengih haha! yes we are excited first-time-parents!

Subhanallah i can't believe im carrying a baby inside my womb. subhanallah.. it feels like a moment ago i was running and jumping and laughing hysterically with friends, living everyday carefree-ly with university friends-all single :D. It feels like a moment ago i was a girl with no responsibilities, no commitment towards others (spouse, bf, etc..). But today.. I'm married to a loving husband and I'm going to have my own children! I'm going to have my own family! haha... time sure fies fast.. Alhamdulillah, thank Allah for all his rahmah :)


i'm really glad that i'm already 2months pregnant. Because i have only half way to go to endure all these gastric and morning sickness (it's actually all-day-long sickness -__-' zzzzz...) nowadays my condition is getting worse i think. because i threw up (buwekk) more frequent. Doc also said that morning sickness is worst during 8-10 weeks pregnant. I pray to Allah to grant me a great patience to undergo such uneasy stage.. Alhamdulillah ada seorang kawan punya kata2 dan reminder telah menabahkan aku:

"When having bad day (morning sickness etc)remember, any pain expiates our sin..well try anyway"


May Allah bless you!

 Love,


Friday, April 6, 2012

Gastric atau morning sickness?

In The name of Allah the almighty


Nowadays ( a week past) im having a hard time. Tapi ku gagahkan diri untuk menaip di blog kerana terasa ingin berkongsi dan meluahkan.

Sejak minggu lepas, perut sangat sakit dan pedih..so pegi jumpa doctor and doctor kata normal untuk pregnant women kena gastric. tambahan pulak sebelum pregnant memang dah gastric. Doctor tu bagi ubat gastric 'Gaviscon'. since then everyday makan ubat. Tapi masih tak elok2. It makes me wonder. am i actually having a morning sickness? or just gastric?

my symptoms are:


  • Pedih perut, pedih tekak, pedih ulu hati
  • muntah acid
  • perut dan badan berangin
  • Tak lalu makan
  • bau certain2 benda atau makanan buat rasa nak muntah (bila terbayang pun rase loya je)
  • time teruk around maghrib sampai pagi esok (perut rase pedih,sebu, mual, rase mcm nak demam, nak makan tapi x lalu). Kalau siang tu adelah loya sikit2 tapi tak teruk, perasaan loya yang mampu diabaikan dan boleh nak makan lagi.hehe.


Kawan-kawan cakap tu mabuk mengandung. Tapi selalu taknak mengaku sebab kalau boleh memang taknaklah mabuk2 ni. kalau mengaku kang makin teruk pulak sebab psychology.
but now i have to admit that Im having Morning Sickness.PLUS gastric.grrrr.

Allahu ahad.. Tabahkan aku, sabarkan aku..

Bila tengah rasa tak best, loya2 teruk bagai, i said this to my husband:

"Allah bagi ujian teruk ni sebab nak bagi anak soleh ni. Bukan senang nak dapat anak soleh, kena dapat ujian berat dulu" :)

hehe. terubat sikit kesengsaraan bila fikir macam tu. InshaAllah..Allah memang nak bagi anak yang soleh pada ummi :)





May Allah bless you! 


 Love,

Wednesday, March 28, 2012

Pregnant?

In the name of Allah the most gracious


I have been married to a great man for 5months+. And a lot of people hav been asking
"dah ade isi?"
"dah pregnant?"
"bile mau mengandung?"
....
and the kind of answer i always gave was
"belum lagi hee. Inshallah Allah bagi bile masa dah tiba, bile saya dah bersedia untuk jadi ummi."

Ya.. anak itu rezeki..dan rezeki itu hak Allah untuk beri pada siapa dan bila. Masa mula2 kawen dulu mmg xmo anak dulu. nak enjoy.hee. moreover bila tengok my sisters jaga anak diorang yang masih kecik, rasa malas pulak nak hadapi dan galas tanggungjawab itu.hihi :D.

Tapi sekarang rasa dah nak pulak anak . nak didik anak :)

Alhamdulillah. Allah beri :))

Weekend lepas, after digesa oleh kakak dan kawan untuk buat UPT (sebab dah lewat period hampir 3 minggu), saya pun buatlah....... jeng...jeng...jeng.... POSITIF! 2kali buat dan resultnya positif. mula-mula guna UPT kit yg nama ape ntah.murah punye.. 2nd line tu appear tp fade sikit.. then beli test kit yg mahal jenama ClearBlue. fuuh memang clear 2 line.

so next step..pegi check kat clinic.. tapi bile scan xnampak ape pun. pegi lagi satu clinic punnnn tak nampak! risau. kalo ikut kiraan normal period dah nak masuk 7weeks. so supposed nampaklah. Tp period sy mmg xpnah tetap. jadi usia kandungan menjadi tanda tanya. bila scan, yang nampak hanyalah cyst! dah risau lagi. Kemungkinan2 yang ada yang merisaukan saya waktu tu ialah:

1) Ectopic pregnancy (kandungan luar rahim yang boleh membawa maut dan boleh merosakkan fallopian tube-so susah nak ngandung lagi)

2) malignent cyst-cancer. if ade cyst yg type ni, ade kemungkinan x pregnant tapi bile buat UPT dpt result POSITIVE. because this kind of cyst may produce HCG hormone macam org pregnant.

lepas jumpa 2nd doctor tu, dia bagi surat untuk refer ke gynaecologist.

Pada hari Isnin (26/02/12) i went to Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) with a troubled heart.. I made an appointment with Dr. Fatima Najla. Mula-mula Dr fatima buat scan dekat perut tapi tak nampak..tapi dia kata macam nampak cuma tak berapa jelas, tak berapa pasti lah. so next buat scan ikut vagina. method ni lebih mudah untuk nampak. Alhamdulillah nampak ada karung baby! kecik je. bulat. dan jugak bila dia tengok dekat cyst tu dia kata, mungkin bukan malignant. Tapi Endometriosis. Alhamdulillah tak besar sangat sampai perlu buat operate.. Doc said that Endometriosis tu akan semakin mengecil bila baby semakin membesar dalam womb and bila deliver baby nanti endometriosis akan turut keluar sama. Alhamdulillah.

Lega bila ada baby dalam uterus, bukan ectopic pregnancy.alhamdulilah. Tapi.. ada lagi satu perkara yang merisaukan..

Dr Fatima asked me to come back in 2 weeks time. sebab nak check sama ada baby hidup dan membesar atau tidak. Sebab kalau ikut kiraan normal kan umur baby sepatutnya 7weeks. tapi baby sy terlalu kecik macam 4/5 weeks je. Tapi mungkin jugak baby saya baru 4/5 weeks sebab period saya kan x normal jadi tak boleh ikut kiraan normal. So doc nak pastikan yang memang kandungan tu kecil lagi.. Doc also told me to immediately consult doc if ada bleeding. bleeding tu maknanya nak miscarriage lah. Alhamdulillah setakat ni xde bleeding.. Ya Allah risaunya kalau baby tu x hidup... Hopefully dapat result yang baik 2 minggu akan datang.. doakan saya!


May Allah bless you! 

 Love,

Friday, February 24, 2012

TUNEECA anyone? :)

In the name of Allah the almighty


I think i want to start a business here!

have you ever heard of TUNEECA? It's a women/muslimah clothes.. founded in indonesia. The design are very unique, elegant, sweet and beautiful! honestly, no kidding! i bought 1 already.

Actually I have already started my business not long ago in facebook. so, for now, do have a peek for the collections of TUNEECA here: TUNEECA


If you feel interested and want to order, you may email me at asmaazizuddin@yahoo.com. If you want an ASAP reply, you may send me an sms here: 0193525453

Happy shopping girls! ^^


May Allah bless you!
Love,

Thursday, February 23, 2012

A teacher is a mother

In the name of Allah the most merciful


KHALISAH: Mudarisah, sy tgk mudarisah macam mak.
SAYA: macam mak? kenape?
KHALISAH: macam mak.. mudarisah betulkan tudung, mcm mak sy.
SAYA: yeke.. memang awak anak mudarisah kan? anak murid mudarisah tu anak mudarisah lah (saya senyum)
KHALISAH: (tersipu malu)

Diatas adalah perbualan saya dengan sorang anak murid darjah 1. oh ye, saya kat sekolah, diorang panggil mudarisah=guru perempuan. Khalisah ni pulak adelah salah sorang anak didik saya, dia mengaji iqra' dengan saya.. 

tahun ini masuk tahun kedua saya menjadi seorang guru..tahun kedua saya mengajar (di sekolah ini lah. kalau termasuk mengajar ditempat lain, masuk tahun ketiga).. Dan sepanjang tempoh saya bergelar guru, banyak yang telah saya belajar. yang paling banyak saya belajar adalah sifat 'SABAR'. ye, jadi seorang guru kepada pelajar tahun pra dan sekolah rendah memerlukan kesabaran yang tinggi! ape, ingat budak2 kecik ni setakat comel je ke? hmmh baguslah kalau camtu. diorang ni punya perangai....fuuuhhhhhhh...(hela nafas dengan perlahan-lahan)... ade yang taat pada guru, ada yang selalu lupa, ade yang terlalu aktif, ade yg suke menjerit-jerit, ade yang suke nangis, ade yang suke carik gado..dan macam-macam perangai. kadang-kadang saya rasa sangat kasih kat pelajar2 saya ni sampai rasa nak peluk cium dan bagi chocolate banyak2 je. tapi kadang-kadang rase macam nak lempang je. lempang??! oh ekstrimnya seorang guru berkeinginan untuk melempang anak muridnya! oh tak.. perasaan nak lempang ni hanya untuk special case sahaja ye.harap maklum. special case tu ditujukan untuk seorang murid perempuan ni je. budak darjah 3. suke sangat mengamuk tak tentu pasal. kalau mengamuk sendiri2 takpe jugak.. ni tidak..bila mengamuk, dia menyakiti kawan2 dy, dia koyakkan buku kawan2 dia, dia patahkan pensel, lead pensel dan pembaris kawan2 dia, dia baling kerusi meja dekat orang. budak sorang ni kalau mengamuk memang ekstrim.  saya rasa dia ade masalah mental/psychology dan perlukan rawatan. ibu bapa budak ni dah bercerai, dan dari pengamatan saya, masalah budak ni berpunca dari family. dia takde adik beradik dan kini hanya tinggal dengan ibu dia. bila budak ni buat perangai, rase geram tapi rasa kesian. saya banyak kali sarankan guru besar sekolah suruh ibu dia bawak pegi jumpa kaunselor atau psychologist..tak taulah kenapa ibu dia tak bawak jugak.. ibu dia pun macam asyik sibuk urusan kerja..dan dari apa yang saya nampak, ibu dia ni jugak mengalami tekanan..raut wajahnya penuh dengan masalah dan tekanan.

A teacher is a mother- itu frasa yang saya guna.. dan saya pegang.. bagi saya, guru bukan hanya guru.. guru juga adalah ibu bapa bg murid2 ketika disekolah.. bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, guru juga perlu mendidik murid2 dengan penuh kasih sayang.. tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik anak-anak.. guru perlu mengenali murid-muridnya dan perlu pandai mendekati murid-murid. perlu pandai bermain dengan psychology kanak-kanak. Guru juga perlu faham bahawa tidak semua muridnya bijak pandai..ada yang cepat faham dan ada yang lambat faham, jadi guru perlu lebih sabar untuk memahamkan murid-murid.. tidak perlu marah murid apabila murid tidak faham atau tidak dapat menjawab soalan dengan betul. bukan pilihan murid itu untuk jadi bijak atau tidak. guru perlu menjaga lidah dari mengata benda yang tak baik pada murid. mengata belakang pun jangan! kata2 guru tu adalah doa.. kalau marah murid kata "LEMBAB!", nescaya lembablah murid itu... pray for them more, instead of cursing them. bila murid lambat tangkap dan dah penat kte ulang tapi masih tak dapat, peganglah kepala murid dan doalah supaya allah terangkan hati dan mudahkan faham budak ini.

benar..tugas seorang guru bukanlah mudah.. kerjanya sehari-hari sangat memenatkan, melelahkan.. tugas mendidik bukan mudah! perlu bercakap sepanjang hari, meninggikan suara untuk mengatasi suara anak2 murid yang bising, memikirkan bermacam-macam kaedah untuk memudahkan anak murid faham, berulang-ulang memberikan penjelasan, berkali-kali memberikan teguran, dan sebagainya.. apabila murid terkencing dalam seluar dan merasa takut atau malu, guru perlu tahu cara untuk menenangkannya dan memberi murid support untuk tak kencing dalam seluar lagi. bila murid pakai tudung tak betul atau nampak rambut, betulkan. bila murid jatuh dan nangis, pujuklah..bila murid sakit, tak selesa, dan memerlukan perhatian, guru perlu memberikan perhatian dan menenangkan murid.. bila murid bergaduh, guru perlu pandai meleraikan pergaduhan, menegur dan dalam masa yang sama menasihati murid. jika guru salah cara, mungkin akan membuatkan murid rasa 'berat sebelah' atau terasa seperti guru tidak mempercayainya apabila beliau cuba untuk membela diri.. dalam semua perkara yang guru lakukan, guru perlu mengambil langkah bijak supaya dapat mendidik jiwa murid dengan baik dan supaya murid membesar dengan personaliti yang sihat. susahkan jadi guru? sentiasa kena buat fikir and uat penilaian camane nak deal dgn budak2, camane cara yg terbaik nak didik budak-budak.

tu baru dari segi jiwa. dari segi pembelajaran pulak, guru kena fikir mcm mana nak bagi murid rajin belajar. yg ni susah betul lah bila kita kene mengajar subjek2 yang tak interesting, boring dan susah bagi murid. contohnya subjek saya: TAJWID. saya masih ingat, waktu saya sekolah dulu pun saya tak suka tajwid dan saya rasa tajwid ni susah giller! tapi bile dah besar ni, belek2 buku tajwid, rasa takdelah susah pun. pelik kenapa budak2 rasa susah? hmm boleh buat kajian. i think, mindset yang buat rase susah. jadi sekarang ni saya sebagai guru tajwid, perlu fikir cara untuk bagi budak mudah nak faham tajwid dan juga perlu ubah mindset diorang yang kata tajwid susah! 
tak senang jadi guru...semoga Allah mudahkan tugas saya... dan berkati usaha saya.. semoga Allah mudahkan faham anak-anak murid saya..semoga Allah berikan kejayaan dunya akhirat kpd anak-anak murid saya..

kepada yang nak jadi guru, teruskan usaha! guru tugas mulia inshaAllah, walaupun sukar. kepada yang memang dah jadi guru, marilah kita sama-sama membaiki diri kearah yang lebih baik.. jadilah guru dan ibu kepada murid2 kita.. didik dan ajarlah dengan kasih sayang, dan bersabarlah dengan murid2, sebagaimana seorang ibu bersabar dengan anaknya. kepada yang bukan seorang guru tapi seorang ibu, seorang ibu juga adalah seorang guru kpd anaknya, maka didiklah juga dengan baik, penuh dgn kasih sayang dan wisely. semoga anak-anak kita menjadi insan cemerlang dunia akhirat. AMEEN!


May Allah bless you!

 Love,

Thursday, February 9, 2012

Design baju kawen -A request

In the name of Allah the most gracious


Fuuh..fuuh... blog ini sudah bersawang kerana sekian lama telah ditinggalkan. hehe. mintak maaflah. kemalasan menaip keluar perkataan-perkataan dan idea-idea dari otak jua hati membantutkan peng-apdetan blog ini. hehe.

Entri ini ditulis pun kerana ingin memenuhi permintaan sahabat yang bakal berkahwin tengah tahun ini InshaAllah. My friend, k.Ida asked me to design a few wedding gown for her. So here are my ideas of her wedding gown. Dia kata nak kembang tapi taknak kembang sangat (kembang sangat macam wedding gown aku lettew)


PS: dear sis Ida, oleh itu, marilah kite scroll down tengok2 gamba sketch wedding gown ni. sorry ler sketch burok. well, am not a designer or an artist. hohoh. i tau la yg sketch ni huduh. jgn nk ngate plak.grrr


BAJU 1:: style ke-melayu-an. kain yg mcm bercorak tu sebenarnye kain lace atau chiffon. leher pulak ke-cina-an. baju ini sebenarnye selapis je, maksud saya, jahit sekali lace/chiffon dgn satin kat dlm tu. kire mcm buat lining lah. nmpk tak garis bintik2 dekat kain? itu nk tunjuk mcm mane cutting lace/chiffon kt belah belakang. cuba tengok hujung2 kain lace/chiffon tu. bercorak kan? purposely potong bercorak gitew.

BAJU 2:: AISEY. tonggeng pulak gambar ni. malas lah nak betulkan HAHAHA. ok yg pulak lebih kpd style  ke-cina-an. Just look at the buttons' pattern. mcm baju cheongsam kan? hihi. Ok tp tgk kat lengan tangan, tu style ENGLISH ok sbb ade ruffles. design ni pun piece dalam and luar dijahit sekali. one piece saje.



BAJU 3:: gambar ni ngn baju2 diatas tu same design. Design ni lebih kpd English-style.  boleh jadi 1 piece atau 2 pieces. depends korg nak jahit sekali lapisan luar dng dalam atau tak. tapi kalau ikut idea i, dijahit sekali. nampak je mcm 2 pieces. yg kat luar tu nampak macam cardigan lace kan? kat cardigan tu letak ribbon mcm yg i lukis tu. and then kat lengan tangan, ruffles/frills dia heavy siket. kekembangan gown ini bergantung pada korg nak kembang cmne. tp kalo ikut gamba yg dilukis ni, x kembang sgt, x kempis sgt. mcm maxi2 yg kembang2 dengan nice-nye.

BAJU 4:: yang ini design melayu+english. cara butang ade sikit2 macam kebaya kan? tp takdelah rupe kebaya sgt pon.  Ok baju ni 2 pieces. piece luar kain lace/chiffon. kain dalam satin atau ape2 yang ok. kat lengan tgn pun ade sikit ruffles tapi tak heavy. untuk kain lace/chiffon kat piece luar tu, tepi2 kain tu memang purposely potong ber-curve-curve gitu. baru santek. pada kain lace/chiffon tu juga boleh lah tambah manik2 atau yang sewaktu dengannya mengikut citarasa..

BAJU 5:: this one pun design ala-ala english. 2 pieces. luar tu buat coat, kain lace. ade sikit kesilapan pd lukisan. yg kat lengan tu, the frills patut ade kat baju yg inner. frills sambung kat lengan baju yg dalam ok. yg coat kt luar takde frills tp panjang lengan coat mesti make sure akan nampak frills baju yg dlm tu. bile pakai nanti (cube bayang kan) pakai coat lace and then dekat tgn tu ade frills kain satin. cantikkan?

BAJU 6:: design ni ade ala2 jubah maxi. 1 piece sahaje. yg lace/chiffon tu dijahit sekali dgn maxi kat dalam, kat bahagian leher and bahu. pastu lace/chiffon tu dibiarkan longgar2 mcm tu. baju maxi kat dalam pulak potongan yg ade curve and dart tp tak ketat. bahagian lengan tangan ade sikit ruffles yg buat gune kain lace/chiffon td. 

BAJU 7:: design ni ade ala-ala baju traditional korea sikit dekat bahgian atas dada. potongan skirt yang kembang disambung bawah sikit dari dada (mcm style baju traditional korea). bahgian pusat baju ade dijahit ribbon. bahagian tangan ade ruffles yg tak heavy. dekat skirt pulak, ade di-layer kan dengan kain chiffon atau lace. kain chiffon better kot utk design yg ni.

Add caption

BAJU 8:: pelik tak tengok tangan baju ni lain-lain kanan and kiri? HAHAHA jangan tertipu! itu contoh tangan, korang pilih lah lebih suke tangan yang belah mane. jangan buat lain2 macam ni!! ok baju ni, kat leher guna konsep cina sikit. pastu ade ring kat bawah colar. cantikkan lubang kat bawah colar tu? hihi. baju ni 1 piece sahaje. lace.chiffon dijahit sekali dengan baju. taktau nak citer ape lagi. tengoklah sniri gambar tu. tak paham baru tanye hihi.


************
Ok that's all koleksi lukisan huduh. cube-cubelah cantikkan dan kreatifkan design ni kat dalam kepala korng. InshaAllah it will comes out gorgeous. heheh. by-the-way, untuk semua design ni, korg letak sendiri nak kembang tahap ape. to k.ida, kalau berminat, amik terus design kt sini. kalau x minat, cube fikir design lain, kalu mcm minat tp kurang ikut citarasa atau kehendak, cube adjust dari design ni ataupun, consult i cmne nak adjust2. oke bebeh. adios. wassalam!



May Allah bless you! 


 Love,

Monday, November 28, 2011

Kahwin Islamic Do's and Dont's

In the name of Allah the Almighty


On my wedding day...

  • I didn't put on Inai (henna) kat kuku. kalau pengantin pompuan pun tak pakai inai, apetah lagi pengantin laki.
  • No pelamin
  • No tepung tawar
  • No bunga telur
  • No budak kompang
  • Hantaran 5 balas 5 (kalo ikut adat pompuan kena balas 2 dulang lebih dari lelaki)
  • No sirih junjung
  • During solemnization (akad nikah) pengantin lelaki tak baca lafaz takliq
Based on above points.. Most of the things were not done like many typical malay wedding's did. So ramai juga yang tanya kenapa, dan boleh ke buat macam tu. especially bab inai tu. Mereka tanya "kenapa tak pakai inai.."
Hehe..

 Mungkin ramai yang dah confuse yang mana adat, yang mana agama.. A friend of mine asked me to share about the do's and don'ts in Islamic marriage. Kita MUSLIM, haruslah berkahwin mengikut syara'.. bukan mengikut adat. Islam adalah gaye hidup, jadi memang kene ikutlah ape yg Islam dah tetapkan dalam 'gaya hidup'. 

Masa saya kawen, saya memang sengaja taknak pakai inai. sengaja balas hantaran sama banyak dengan pihak lelaki. Sebabnya saya nak lain dari yang lain. Saya nak masyarakat tahu yang tak semestinya kawen kena pakai inai, dan sebagainya. yelah, disebabkan kebiasaan orang kawen pakai inai, jadi ramai yang dah menganggap pakai inai itu adelah kewajipan.

So ape pun,  here let me share a little knowledge of mine regarding this matter:
  1. INAI di kuku -hanya adat melayu. Sunnah Rasulullah s.a.w pakai inai kat rambut je. inai corak2 kat tangan tu pun takde nabi buat.
  2. BERSANDING - berdose kalau buat sebab memperagakan. kalau nak buat PELAMIN untuk nak bergambar sesame family sahaje takpelah.
  3. TEPUNG TAWAR - kurafat. Orang melayu zaman dulu buat tepung tawar ni dengan tujuan nak halau sial. amalan ni kurafat. So kalau korang takde niat dan tujuan utk menghalau sial tu, buat ape nak menepung tawar lagi. takde gune buat mende alah tu. Perhatian: Sila jauhi Perkara2 yang dimurkai Allah utnuk mendapatkan keberkatan rumahtangga kelak.
  4. BUNGA TELUR - bukan sunnah. kire macam buah tangan lah jadi kalau nak bagi, boleh. taknak bagi pun takpe. Kalau nak ganti bunga telur dengan door gift lain pun boleh. takde masalah.
  5. BUDAK KOMPANG - Budaya arab zaman nabi s.a.w dulu ada buat muzik2 untuk meraikan pengantin. jadi tak salah kalau nk panggil budak kompang untuk majlis korang.
  6. HANTARAN - jumlah dulang hantaran yang nak bagi tu ikut sukati koranglah. tak kesah nak bagi berapa2 pun. Pemberian hantaran ni tak termasuk dalam hukum islam, cuma diberi sebagai hadiah. jadi kalau taknak bagi langsung pun tak ape je.
  7. SIRIH JUNJUNG - ni cume adat org dolu-dolu. takde dalam Islam. Takyah bagi pun takpe.
  8. LAFAZ TAKLIQ - Lafaz takliq ni dibaca masa akad nikah. Kebanyakan orang menganggap bende ni wajib dan kena baca kuat-kuat oleh pengantin laki. Tapi sebenarnye terpulang pada korang nak lafaz ke tak. RISIKO untuk melafazkan atau tidak melafazkan adalah dibawah tanggungan sendiri. Dalam rukun nikah takdepun lafaz takliq. so boleh tinggalkan kalau mahu.
  9. TABARRUJ - ini lagi satu perkara yang diharamkan dalam islam. iaitu berlebih-lebihan. kepada pengantin perempuan, jangan berlawa lebih-lebihan..dosa tahu...
  10. BERSEDERHANA - Last but not least, bersederhanalah dalm nak buat majlis kawen ni.. jangan membazir, Allah tak suke :)
oh ye nak share satu citer. On my wedding day kan i ade hire sorang tukang mekap. pompuan. i told her that i want a natural makeup. "saya nak mekap yang natural tp sweet, yang tak mengubah muka asli saya. saya taknak nampak macam orang lain. nak muka saya", i said. she said ok lah kan. Dia memang pandai mekap, sebab dia tu makeup artist.. tapi lepas dia habis mekap aku pun tengoklah cermin. Ya Allah! lain sesangat muka aku.. mekap yang tebal, macam pengantin biasa mekap tu..dengan shading buat hidung mancung bagai.. kawan2 aku sume puji2 mekap kakak tu cantik.. tapi aku tak suke.. tebal sangat bagi aku. aku mintak dia padam mana yang patut.. lepas dah padam2, aku masih macam tak puas hati lagi sebab muke aku masih nampak pelik.. lepas beberapa kali dia adjust, aku kesian lah tengok kakak tu so aku kata "Ok dah ni". then bayarlah kakak tu and kakak mekap tu pun balik.. sebelum balik kakak tu cakap first time dapat customer macam aku. cerewet sangat kot huhu. Lepas dia balik je... aku padam2 balik mekap tu.. and aku touchup balik seniri... barulah puas hati sket walaupun tak berapa puas hati.. Aku tak sanggup nak keluar dengan mekap yang berat tu. MALU. itu bukan diri aku.

kesimpulan yang aku nak buat kat sini ialah, tegakkan dan pertahankan diri dan cara korang sekiranya korang benar. kadang2 korang mungkin akan dapat mak andam yang suke nak pakse dan tentukan cara nak mekap korang. contohnya mak andam tu akan insist nak cukur/cabut kening korang, insist nak letak blusher tebal2 sampai nampak macam orang demam, dan sebagainya. tapi kalau korang taknak, bertegaslah dengan pendirian korang. korang bos, bukan mak andam yang bos. Tapi aku syukurlah dapat mak andam yang baik and faham. kalo mak andam degil nak cukur kening, korang bagitau kat mak andam tu dengan tegas yang "cukur/cabut kening tu BERDOSA. Saya taknak sama2 tanggung dosa dengan akak."

Ok sampai sini je... harap ia dapat menjawab persoalan awak.. tapi jike ade yang tertinggal atau kurang jelas atau tak paham langsung atau masih nak tanye, silakan :)

Moga bermanfaat





May Allah bless you! 


 Love,

Thursday, November 24, 2011

Blessed to be his Wife :)

In the name of Allah the most gracious


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar!

on 2nd of October 2011 we were solemnized.. with 1 lafaz, "Aku terima nikah Asma' binti Azizuddin dengan mas kahwin RM 300 tunai" ~ we were tied as husband and wife. praise to Allah for making these easy for us. Alhamdulillah.

.
.
.
Dan hari ini 24 November 2011, aku telah menjadi isterinya yang sah selama 1 bulan 22 hari. Setiap hari yang  aku lalui bersamanya adalah madu buatku. terlalu manis dan istimewa! Allah... hanya Allah yang tahu betapa aku bahagia disampingnya.. betapa aku bersyukur menjadi miliknya..Subhanallah..

Alhamdulillah selama hampir 2 bulan aku bergelar isteri, aku masih belum merasa pahit sebuah kehidupan.. hanya manis.. dan aku amat berharap semoga manis itu terus berkekalan hingga bila-bila pun.. Aku amat sangat bersyukur pada Allah kerana menjodohkan aku dengan Fadhil bin Ismail.. seorang hamba Allah yang soleh, seorang anak yang soleh, seorang suami yang soleh.. sungguh, suamiku amat baik! sangat baik terhadapku... sangat sangat sangat baik dan membahagiakan sehingga aku tertanya tanya pada Allah, kebaikan apakah yang aku telah lakukan sehingga Allah menghadiahi aku seorang suami bernama Fadhil bin Ismail.. kebaikan apakah yg telah aku buat sampai Allah berikan pada aku seorang suami yang sangat baik.. Allah... Aku terasa amat bersyukur hingga tumpahnya air mataku keharuan.. keharuan yang amat sangat!.. Allah maha hebat! nikmat Allah Maha besar!

Subhanallah.. Aturan yang maha Esa benar2 membuat aku bersujud syukur.. Bila aku tengok suamiku melayan aku dengan sangat baik, aku terasa macam tidak layaknya aku jadi isteri dia.. justeru aku bernekad untuk jadi lebih baik, lebih solehah untuknya, aku ingin membahagiakan dia lebih dari kebahagiaan yang dia berikan pada aku.. kerana aku teramat sayang dan cinta padanya..

Allah..Maha suci Allah.. aku menunduk kerdil padamu.. nikmat yang engkau berikan amat besar sehingga aku merasa malu tidak cukup bersyukur padamu.. aku merasa malu tidak cukup solehah sebagai hambamu.. Allah ampuni aku atas segala silap dan dosa.. sesungguhnya nikmat yang Allah berikan pada ku ini telah menyedarkan aku, menepuk aku untuk jadi hambaNYA yang lebih baik..

Alhamdulillah.. Alhamdulillahi rabbil 'alamin... Allah, berikan kami hidayah yang tidak putus-putus agar kami tidak pernah berhenti bersujud syukur padamu.. Ya Allah jadikan pernikahan kami ini sebagai jambatan untuk kami menuju kepadamu.. agar kami semakin dekat padamu.. Ya Allah jadikan cinta kami pad Akhirat lebih besar dari dunia dan isinya.. Ya Allah peliharalah rumahtangga kami dan panjangkanlah cinta kami hingga ke syurgamu.. daripadamu kami datang dan kepadamu jualah kami pergi.. Amen ya rabbal 'alamin.

Sayang,
Aku akan cuba sedaya upayaku untuk membahagiakanmu
akan ku cuba yang sedaya termampu untuk menjadi isterimu yang solehah..
Ini janjiku!



May Allah bless you! 


 Love,

Wednesday, October 5, 2011

taken :)

In the name of Allah the most gracious


Hey guys, Im TAKEN! =) Alhamdulillah, praise be to Allah.. on 2nd of October, we were solemnized at Masjid  At-Taqwa, desa subang permai. Taknak cerita panjang coz we are busy packing for our get-a-way to Bukit Tinggi hihi!

Gudbye!







May Allah bless you!

 Love,


Sunday, August 28, 2011

Our Hall and Reception's music to share :)

In the name of Allah the Almighty


hey guys.

InshaAllah am gonna get married in a month time. Yay! tak saba giler.  As for the venue, inshaAllah we're going to have our reception at a community hall ( Dewan Pudina-hakmilik MBSA). Sad to say, the dewan is not equipped with aircond :(. but its located on quite a high ground so kindof breezy jugaklah. lucky.
yelah, taknaklah dewan yg panas, we pengantins kan pakai baju yg tebal/berlapis, then nak jumpe ramai2 orang. RIMASSSS-PANASSSS ok. so i prefer dewan yg sejuk je :). lebih selesa nak greet all the tetamus. Dan tetamus juge lebih selesa nak makan-makan serta bergambar dengan pengantin. hehheh ;D

Our reception won't take forever. only 2 hours. from 12.30-2.30. Im glad abah decided to end the reception at 2.30. so that we wont rush-rush sgt nak kejar waktu zuhur. The menu for reception...errr i dunno. tu semua keje abah. Abah yg decide nak amek catering mane, makan ape tu sume. I will just follow je :)

During the 2hours reception, cadangnye nak sewa a PA system. i dont want a DJ. just nak play lagu je. taknak ade org cakap2 tu. And for the music, i choose to go for the soft instrumental music. takde org nyanyi-nyanyi. My plan is to create a soothing atmosphere for my reception. :)

So guys, you can try listening to my list of reception's music by downloading it HERE :)

If you are free, do Drop me a comment after listening. EnjoY! :)



May Allah bless you! 

Love,


Wednesday, August 17, 2011

wedding list + expenses

In the name of Allah the Most Gracious


Hi there. as promised, i will now share with u guys bout my wedding list and expenses. May this post help those who wants to get married and still have no idea or pening-pening nak sediakan belanja ^_^

Like most other people, when dah confirmed nak tunang tu, serabut fikir macam-macam benda nak kena buat-for engagement and for marriage. So i made a list. er sumthing like a draft of what to do, the date and expenses. pic below :


If u want to download this messy kawen-draft for your reference (not much for your ref though), u can click HERE :)

Ok refer to the draft above, there are some boxes coloured in pink and some arent rite? well the pink highlighted box are for the things that are settled. As u can see i marked them with 'DONE'.

ITEM #1
Kursus kawen tu untuk fadhil je. Sebab i had already went to that course few years ago with friends when i was studying in Unisel.

ITEM #2
Kursus Baitul Muslim ni pulak BUKAN kursus wajib yang Malaysia tetapkan. it's simply a course that elaborate on how to build a Bait-al-Muslim (Rumahtangga Islam), yang betul2 mengikut garis panduan Islam. Dalam kursus tu ada masukkan sekali cara nak didik anak mengikut cara Islam. Dalam kursus-kursus kawen yang JAIS buat tu mcm general je. Ni bukan Kursus yang JAIS buat so korang jangan pulak gi kat JAIS mintak kursus ni :D

ITEM #3
This draft was made before we got engaged lagi. So perbelanjaan tunang pun masuk sekali. perbelanjaan tunang kitorang cuma cincin je. know why? because our engagement is just a simple ceremony between our family only. Not really a ceremony actually. more to makan-makan between families. On that E-day, I just wore a nice cream-soft pink Baju Kurung that was already in my closet. TAKDE tempah/sewa baju baru, TAKDE sewa accessories,  TAKDE beli kasut baru, TAKDE sewa pelamin, TAKDE upah tukang mekap, TAKDE hias-hias bilik, TAKDE hantaran-hantaran (just tukar2 buah tangan macam kek and chocolate je). We want it SIMPLE rite? so tadaa! tak payah spend duit banyak-banyak hahaha =D

ITEM #4
Wang Hantaran memang confirm lah tak settle lagi sebab belum nikah :)
The amount pun, doesn't necessarily have to be 10k, 15k, or 5k. Depends lah. In our case, my dad asked Fadhil how much he can give.
Dad said,  "kalau bagi 3k pun pakcik amik, kalau bagi 20k pun pakcik amik. nak bayar sekaligus pun boleh, nak bayar ansur-ansur pun boleh. terpulang pada fadhil mampu mcm mana. kita nak benda ni  mudah." (lebih kurang camtulah ayat dad). Alhamdulillah. I thanked Allah for giving me such a great and easy-to-deal-with dad :)

ITEM #5
Mahar is something that is requested by the bride. The bride can ask for anyting! May it be a bungalow, a ransom of maney, acres of land, or just a single Surah from Alquran. But please dear brides, be kind enuff to consider your groom's financial state. hehe. Rasulullah saw kata, lagi murah mahar tu lagi bagus. We don't want to be a burden to our husband-to-be rite? Apa pun dalam soal penetapan mahar ni, bersederhanalah.. asalkan tak bebankan suami takpelah. Hmm about Mahar Negeri tu memang setiap negeri dah tetapkan jumlah maharnya. kalau macam selangor RM300. Tapi benda tu tak wajib i RASA sebab yelah mahar tu kan pompuan yang kena tetapkan, jadi sukati kite pompuan lah nak berape kan :)

ITEM #6
HIV test ni kena buat 2-3 bulan sebelum nikah kot. sama macam borang nikah tu. You can go to the nearest klinik kerajaan atau hospital kerajaan to do this test. Senang je nak buat benda ni. nurse to tembak je kat jari kite utk setitik-dua darah. pastu terus check and dapat result time tu jugak. Tapi waktu aku buat tu sakit tau! sebab diorang gune jarum yg dalam. sampai lebam berhari-hari jari aku isk T_T

ITEM #7
Borang nikah buleh amek 3 bulan sebelum nikah. Aku rase LECEH gile nak nikah becoz of isi-isi borang ni!. korang kawen nanti korang raselah -_-

ITEM#8
Hantaran. we spent a lot of money for hantaran. beli macam-macam. tapi total cost for hantaran belum ada lagi sebab ade lagi yang belum beli (foods). 1 of the hantaran for me-which is a watch,  is actually a present from my parents. suke sangat! thanks Ummi and Abah (dah jimat duit tak payah beli heh heh)
Hantaran Tak WAJIB pun sebenarnye. tak payah buat pun takpe. Mula-mula i plan tamo buat hantaran pun. rase cam membazir and ofcos malas nak gubah (super-lazy-pengantin-to-be). But then fadhil said "buatlah paling sikit pun". Hmm mungkin tradisi melayu kite mesti nak ade hantaran kan. jadi mungkin ada sesetengah pihak (biasenye dikalangan saudara-mara) akan mengata bile tradisi tu diabaikan (-_-')

ITEM #9
For wedding attire + accessories, we decided not to rent. for baju Fadhil, tempah Nehru Suit kaler off-white. Accessories-takde. For me pulak beli dan tempah, tengok list dibawah:

Fadhil's Nehru Suit (PKNS Shah Alam)- RM300
Wedding Gown (Subang)- RM200
Wedding Coat (Jakel Shah Alam)- beli kain RM53 + tempah RM65 =RM118
Accessories (Wedding veil, Crown, Necklace -buy online)= RM134
Bride's Shoes (Plaza Alam Sentral Shah Alam) = RM80

Alhamdulillah, everything beli dan tempah pun kurang dari RM1000~

ITEM #10
Makeup ni im kind of cerewet sikit. Because nak tukang mekap yang betul-betul faham dan pandai. I don't want a heavy make-up like all the brides nowadays. I want a natural yet sweet and nice make-up. I dont want to be make-up by Maknyah, I don't want to cabut kening, I don't want to wear fake longer eye-lashes, I don't want a red burning cheek, I don't want a mekap yg buat muka shining-shining hehe. I don't want a doll face on my Important day. Tukang mekap cakap, biasanya pelanggan diorang purposely minta supaya buat muka diorang nampak lain pada hari kawen tu. OK dah faham kenapa muka pengantin selalu lain dari hari-hari biasa. Harap tukang mekap yang aku hire ni yang terbaik. ameen.

ITEM #11
walimah pihak lelaki masih tak confirm. so no komen.

ITEM #12
Doorgift pun bukan perkara WAJIB. takde termasuk dalam hukum Islam. Both of my sisters takde buat doorgift pun masa dorg kawen. Aku buat ni pun saje2 je nak bg hadiah kecik2 kat kawan2 yang hadir :)
tapi memang taknak makan belanja banyak. If you want to cut cost for your marriage, tak payah buat doorgift pun ok :)

ITEM #13
About wedding card, i have elaborated in the last post : kad kawen
Info tambahan: this is the link to the my wedding card's design and website yang buat kad aku: http://www.kadkahwin.com

ITEM #14
In my case, takde spend banyak pun untuk bilik pengantin. I just bought kain untuk curtains. comforter set abah tanggung. hehe tangs abah :)

So thats all for my expenses on marriage. Takdelah belanje banyak sangat kan? aha on my wedding day, tak ada hire photographer (my bro and bro-in-law will do the job inshaAllah hehe), takde hire DJ, takde buat pelamin, takde hire budak kompang..

uh semua takde? betul ke wedding ni? hehe.

i really go for a simple wedding InshaAllah. err adat melayu memang takde. We just held a wedding reception with soft instrumental music on background InshaAllah. takde buat persandingan, maka tiada juga renjis2 tepung tawar tu. Masa reception tu pengantins just dtg makan and jumpa guests. thats all.

ah.. i think i dont want to wear inai on my wedding. hope takde sape yang nak fuss over that matter ;)

ok that's all for my wedding plan. Actually ada je orang yang jauh lebih simple dari wedding plan ni. maybe we can ask those yang lebih simple untuk share :)

SELAMAT PENGANTIN BARU to all newly-wed couple. May Allah grant you both His blessings now in the dunya and hereafter InshaAllah.


May Allah bless you! 


 Love,

Sunday, August 14, 2011

kad kawen~sederhana aje

In the name of Allah the almighty


Alhamdulillah kad kawen dah siap!!!
dah seminggu lebih siap sebenarnye. inshaAllah isnin ni mule pos.
our wedding card tak mahal pun. 55cents per card. color black n white. theme:classic. kekerasan kad ok, semua pn ok lah. But we didnt order special envelope for the cards. becoz if do so harga tambah sikit. we thought that that would be a waste of money. Masuk tong sampah jugak last2 kan anyway? Yang sampul tu pulak bile org nak bukak, confirm koyak. And takde kot org nak simpan dah sampul tu.

cut the cost. yeah, go for the 'simple yet nice'. Bersederhanalah bile nak kawen ni. Dalam islam suruh kita bersederhana. tapi if fikir logic pun, why shud spend such a big amount of money for a few hours/a day wedding? better if u save the money for your honeymoon atau untuk kegunaan selepas kawen. nak mula hidup lepas kawen ni pn banyak guna duit. nak beli RUMAH. KERETA. FURNITURES. HOUSEHOLD. etc...

So guys, tak perlu lah runsing fikir blanje yg terlaaaaaaaaaaalu banyak untuk wedding ni. but tak banyak tu pn quite a sum of money jugaklah. tapi OK lah. affordable. Later i'll share with u all bout my wedding, the blanje,  the preparation and so on ok. :)

oh ya, setem dah mahal lah skg ni. i heard that for wedding card with sampul berwarna kena charge 80cents. while for white envelope kena 60cents. yaww. dulu2 3posen je -___-

btw, princess dah ade signature. tgk bawah =D


May Allah bless you!


Love,




Saturday, August 13, 2011

Kawen EXPRESS!

In the name of Allah the most gracious


Joyah: Aku suke naik bus express, cepat sampai destinasi.
Markonah: Aku suke KAWEN EXPRESS, cepat dapat kekasih halal.
Joyah: hah? *speechless*

Ape motif conversation diatas? takde motif sebenarnya! haha.
am about to tell u about 'kawen express' actually.
so soalannya, apakah itu 'kawen Express'?
'Kawen Express' sebenarnya adalah terms yang aku reka sendiri. ia membawe maksud


'kawen cepat-cepat'.

yesterday i went to 'spring beauty centre' to do some facial treatment. i used to go there. the women who used to tend to me called yuki. while yuki did my face, we chatted. i told her that im going to get married this october. i also told her that:

i met my fiance the first time ever in february this year. before that very moment, we never knew each other's existence.
in april we got engaged.
then in october we're gonna get married.

Yuki was shocked

"hah! cepatnya sudah mau kawin!" she said.

hahaha i laughed. well yuki's not the only person who said that to me. macam2 lah komen kawan2 bila tau tetibe je aku nak kawen

"hah baru jumpe febuari dah nk kawen?"
"tak takut ke terus nak kawen?"

dan lain-lain....

yuki dan kawan2 sekalian, i chose this path because i want 'kawen express'. hehe.
like i told u, we got engaged 2 months after we knew each other. and inshaAllah we're gonna get married 5 months after we got engaged (engage mase akhir bulan 4, nak kawen awal bulan 10).
everything went on quite in a fast pace kan? tahu tak kenapa?
sebab kami bertemu dan berkenalan untuk kahwin. bukan untuk berkapel atau berkawan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah Allah buka kan jalan yang baik buat kami. Alhamdulillah Allah temukan kami untuk berkahwin. Bukankah lebih baik jumpa dan terus kawen berbanding dgn jumpe dan kawan2 kapel2 dulu 2-3 tahun baru nak kawen. kan? Jalan untuk kawen cepat2 tu lebih selamat dan diredhai inshaAllah.

jadi kawan-kawan, saya nak menyeru kepade semua, janganlah tunggu lama-lama, kawan lama-lama. Cepat-cepatlah jadikan hubungan anda dan kekasih gelap anda HALAL!

Mari bernikah!
Allah Suka, Anda pun suka :)


May Allah bless you!

 love,
The princess

Sunday, July 31, 2011

Tarbiyah Ramadhan

In the name of Allah the most gracious


Hi there peeps! Ramadhan datang lagi!

Alhamdulillah berkatNYA, aku bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Bila masuk bulan Ramadhan, kerinduan dan semangat untuk beramal yang meluap-luap.. Aku rindu kan ramadhan. Terasa macam nak menangis bila Ramadhan sampai padaku. Alhamdulillah..Alhamdulillah Alhamdulillah..!

R.A.M.A.D.H.A.N ~ bukanlah hanya sekadar tuntutan untuk berpuasa.. tetapi ia adalah satu bulan pentarbiyahan untuk kita. puasa lapar dan dahaga, juga puasa dari melakukan perkara2 yang berdosa.

Yang paling COMMON untuk kebanyakan orang adalah berpuasa dari berkata-kata perkara yang tak baik. to be specific- puasa dari MENGUMPAT dan MENGATA dan MENGADU DOMBA dan lain2 lah.

awak tahu! ramai sangattt yang masuk neraka kerana MULUT. ya nowadays mengumpat itu adalah suatu hobi. dan juga suatu kewajipan bg manusia.

Let me share sumthing. I am 23 and now working as a teacher in an islamic primary school since january this year. when i was 18, during the long break after SPM, i also worked as a substitute teacher in Sekolah Rendah Kebangsaan. 1 thing i learned after being a teacher is : GURU-GURU SUKA MENGUMPAT.
no kidding. thats the truth. i actually learned that truth even before working as a teacher, it was actually when i was in secondary school. dan dalam bilik guru tu cekgu-cekgu aku suka mengumpat! dan masa aku mula bekerja sebagai cikgu ganti di satu skolah tu, memang betul lah cikgu2 ni suke mengumpat dalam bilik guru. i hated the environment much. sampai rasa macam 'aku benci jadi cikgu sebab aku tak suke environment yang suke mengumpat'. but then after dah habis study kat uni, again i walk along the path of a teacher. i love teaching very much. so lagi sekali aku lihat guru-guru yang suka mengumpat.

Bila berada dalam suasana tu, kita jadi takut akan terikut-ikut.. takut akan menerima perbuatan mengumpat itu sebagai perbuatan biasa dan tidak terasa berdosa lagi.. takut akan tenggelam dalam dunia mengumpat. Astaghfirullahal'Adzim... tuhan ampuni aku, lindungi aku dari GHIBAH. tak dinafikan, kadang2 aku mula terikut conversation mereka yang berisi umpatan.. bila tersedar, cepat2 hentikan dan tarik diri dari conversation tu.

Sebenarnya bukan setakat guru-guru..tapi dimana-mana pun orang suke mengata, suka menyalahkan orang lain, dan suke bersangka buruk.. mungkin termasuk diri kita juga tanpa kita sedar.. Astaghfirullah...

oleh itu, let us start anew for this coming Ramadhan. jadi insan yang baru. biarkan Ramadhan menTarbiyah kita!

Selamat Maju Jaya kawan-kawan! =D



May Allah bless you! 


 love, 
The princess